Seperti yang sedia maklum banyak caj yang dikenakan jika rakyat Malaysia memasuki negara Singapura. Antaranya ialah mengenakan bayaran tempat letak kenderaan termasuk motosikal. Juga mereka akan pastikan rakyat Malaysia yang disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman pada hari sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura. Singapura mengamalkan sistem saman elektronik yang boleh mengesan kenderaan disaman pada setiap pintu keluar Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK). Boleh rujuk blog Melastik Bintang antara caj caj lain di Singapura yang dikenakan.
Semalam kerajaan Singapura mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura akan dinaikkan. Caj Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke Singapura akan dinaikkan dari S$20 (RM51) kepada S$35 (RM90) sehari dan berkuatkuasa pada 1 Ogos depan.
Selain itu juga, bayaran VEP bagi Permit Kenderaan Barangan (GVP), kenderaan asing berdaftar juga akan dinaikkan kepada S$40 (RM102) berbanding S$10 (RM25) sebulan.
Kenderaan awam, bas atau teksi akan dikecualikan menurut Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) negara itu.
Waktu dikenakan VEP mengikut jam kekal dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari bekerja Jun dan Disember (cuti sekolah) dan dari jam 2 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja selain dua tempoh cuti sekolah berkenaan.
Bayaran VEP bagi motosikal asing berdaftar kekal pada S$4 (RM10) setiap hari.
Semua kenderaan asing berdaftar dan motosikal akan terus menikmati waktu bebas VEP iaitu pada Sabtu, Ahad dan cuti umum di Singapura, hari bekerja biasa dan antara 5 petang hingga 2 pagi pada hari lain.
Kenderaan asing berdaftar boleh meneruskan pembelian GVP dengan harga semasa iaitu S$10 (RM25), mulai Julai 2014 namun, bagi GVP yang tamat tempohnya selepas Julai 2014 akan dikenakan bayaran S$40 (RM102) sebulan.
Berikutan tindakan Singapura yang menaikkan bayaran permit dari Malaysia ke negara tersebut, kerajaan Malaysia kini menimbangkan langkah sama untuk mengenakan bayaran kepada kenderaan dari negara tersebut.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu satu kajian yang teliti sedang dijalankan untuk mengenakan caj sebanyak RM20 dan menimbang beberapa aspek penting sebelum dapat melaksanakannya.
Bagi aku nilai Caj RM20 itu terlalu rendah jika nak dibandingkan dengan Caj RM90 sehari yang dikenakan Singapura terhadap kenderaan asing yang memasuki negara mereka. Kerajaan Malaysia perlu menaikkan lagi Caj RM20 tersebut kepada RM50. Ini pendapat peribadi aku memandangkan terlalu banyak caj yang dikenakan oleh Singapura terhadap rakyat Malaysia yang memasuki negara mereka.
alkisahnya… tu yang sampai ada yang berjalan kaki masuk ke Singapura.. huhuhu
Tu lah, Malaysia pun kena buat macam tu jugalah sebaiknya.
Assalamualaikum . Maaf tumpang bertanya. Macamana caranya nak dapatkan permit kenderaan untuk masuk ke singapura (i.e motor) . TQ