The Hobbit tempat menarik di New Zealand

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pengalaman Kembara Musafir New Zealand bersama keluarga dan teman-teman yang tidak dapat dilupakan adalah melawat tapak pengambaran The Hobbit. Kami hampir-hampir terlepas kerana ketika melalui Matamata lokasi The Hobbit sudah tutup kerana agak lewat. Atas desakan anak-anak kami terpaksa pusing balik dari penginapan di Rotorua perjalanan lebih kurang 45 minit.

Tapak pengambaran The Hobbit terletak di Ladang Biri-Biri Alexander dalam daerah Matamata dalam perjalanan dari Auckland ke Rotorua. Pengarah filem Lord of The Ring dan The Hobbit, Peter Jackson terpukau dengan pemandangan yang indah yang dikelilingi bukit bukau yang indah.

Tentera New Zealand telah membina jalan sejauh 1.5 km ke lembah The Hobbit sebagai ganti bantuan kewangan yang diminta oleh Peter Jackson. Jalan yang di bina diguna untuk membawa beratus kenderaan berat untuk pengambaran dan setelah 12 tahun jalan tersebut masih kukuh tanpa ada kerosakan.

The hobbiton movie set

The hobbiton matamata

Pihak pengurusan menyediakan bas khas untuk masuk ke kawasan The Hobbit mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap pengunjung perlu membayar tiket masuk. Alhamdulillah kami 18 orang dapat kadar yang istimewa iait NZD32 seorang. Kalau ikut kadar sebenar dewasa NZD75, kanak-kanak NZD10 dan remaja NZD38. Setiap rombongan bas akan ada seorang pemandu pelancong yang akan berkongsi kisah The Hobbit.

The hobbiton tempt menarik di matamata

The Hobbiton movie set

The Hobbiton movie set

The Hobbiton movie set

The Hobbiton movie set

Berada the lembah The Hobbit teringat Frodo, Sam dan Gandalf dalam filem Lord of The Ring. Memang sangat cantik pemandangan sekitar sejauh mata memandang. Menyelusuri perkampungan the hobbit atau dikenali the shire melihat rumah Bilbo Baggins, Frodo dan Samwise Gamgee memang meninggal seribu kenangan indah.

The Hobbiton movie set

The Hobbiton movie set

The Hobbiton movie set

Seandainya anda travel ke New Zealand jangan terlepas peluang melawat The Hobbiton dah pasti anda sampai sebelum jam 4 pm kalau tidak pasti anda kena datang kembali ke esokan hari. Untuk mengetahui kadar tiket sila klik SINI tetapi biasanya pengurusan akan mencari kadar termurah mengikut jumlah rombongan kita. Itulah keistimewaan New Zealand berusaha untuk memudahkan pelancung dengan kos yang minima.

Kongsi komen anda
  • Alin Marlini June 24, 2013 at 12:23 pm

    memang menarik tempat ni..insyaAllah..ada rezeki lebih akan sampai jugak kesana..

    • Admin June 29, 2013 at 2:03 pm

      plan pergi sendiri je lagi murah daripada ikut travel agent

  • Hafizul June 24, 2013 at 3:14 pm

    Emm mesti sejuk duk dalam rumah tu kan?hehe

  • kak ina kl June 28, 2013 at 9:54 am

    comel ajer rumah kat sini

  • anonymous August 26, 2013 at 10:22 pm

    tak boleh masuk dalam rumah kew???

  • iuzira December 2, 2013 at 10:23 pm

    wah, bestnya cam masuk dunia cartun

  • Mrsyatie December 19, 2014 at 4:23 pm

    cantiknya! inshaAllah. semoga suatu hari nanti, boleh datang bertandang ke sana :)