Tempat Menarik Bawa Anak Bercuti Di Kuala Lumpur

Dua minggu lagi dah cuti sekolah, tentu ramai ibu bapa yang sedang merancang untuk mebawa anak-anak bercuti.  Cuti sekolah ini, bawalah anak-anak ke tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur untuk memenuhi masa mereka disamping mendedahkan mereka dengan pengetahuan dan pengalaman.

KLIK UTK TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%

Ada banyak tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur yang sesuai untuk membawa anak-anak bercuti.

1 – Taman Burung Kuala Lumpur –  

Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran Tasik Perdana.  GPS coordinates: N3 08.581 E101 41.294

Bagaimana hendak ke Taman Burung Kuala Lumpur?

  • Dari Jalan Bangsar, terus ke arah Stesen Keretapi KTM , di raound about, belok kiri ke arah Masjid Negara
  • Dari Jalan Mahameru, pusing kiri ke Jalan Parlimen. Di lampu isyarat, belok kanan ke arah Taman Tasik Kuala Lumpur.

Waktu Lawatan: 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Harga Tiket : Dewasa RM 25 , Kanak-kanak RM 12
Aktiviti Menarik : Pertunjukan Burung setiap jam 12.30 dan 3.30 petang.

melawat taman burung

 

2 – Taman Orkid Kuala Lumpur

Taman Orkid terletak dihadapan Taman Burung Kuala Lumpur.  Dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan masuk adalah percuma.

CARA MEMBELI TIKET AIRASIA SECARA ONLINE

Keseluruhan kawasan ini adalah kira-kira satu hektar dan ditanam dengan pelbagai jenis orkid yang pastinya memjadi kegilaan kepada pencipta orkid. Kawasan ini juga amat sesuai kepada peminat fotografi dan pelawat juga boleh membeli orkid di bazar di dalam taman.

 

taman orkid kuala lumpur

3 – Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara terletak di Bukit Kiara, bersebelahan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), dan berhadapan bangunan Suruhanjaya Sekuriti. Bangunan Pusat Sains ini mudah untuk dikenali dari jauh kerana ianyanya mempunyai rekabentuk bangunan yang unik menyerupai sebuah kon yang terpotong kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesik. Terdapat berbagai jenis bahan pameran yang direka untuk menarik, merangsang dan mendorong para pelawat untuk menanam minat aktif terhadap Sains dan Teknologi.

Waktu Lawatan:

  • 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad (Tutup pada hari Jumaat )

Harga Tiket:  

  • Dewasa– RM 6.00
  • Kanak-kanak   ( 7 – 12thn) dan warga emas – RM 3.00

kapsul Soyuz.

4 – Planetariun Negara

Planetariun Negara   terletak di atas bukit di antara Pusat Islam dengan Muzium Negara.  Sebuah jejantas pejalan kaki  dibina untuk menghubungkan Kompleks Planetarium dengan Muzium Negara  Ianya adalah pusat yang menawarkan pameran astronomi menarik.

Waktu Lawatan Planetarium Negara

  • 9.30 pagi hingga 4.30 petang
  • Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum
  • Ditutup setiap hari Isnin ,Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji

Bayaran Masuk Planetarium Negara

  • Percuma

Bayaran Masuk Pertunjukan di Teater Angkasa

  • Dewasa (13 tahun dan ke atas) : RM 6.00
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun) : RM4.00

Setiap hari  ada  4 pertunjukan di Teater Angkasa  kecuali hari Jumaat.

5 – Zoo Negara

melawat zoo negara

Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan di negara ini. Zoo Negara telah dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan sehingga kini menjadi tempat tinggal lebih kurang5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Zoo Negara terletak di Hulu Kelang, boleh dilalui melalui MRR2.

Waktu Lawatan : Setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Bayaran Masuk :

  • Dewasa RM 30
  • Kanak-kanak RM 6
  • Warga Emas ( 60 tahun ke atas ) RM 10
  • Tiket rombongan sekolah : Pelajar RM 4/ Guru RM 10

Aktiviti Menarik  : Multi-Animal Show (Sea Lion / Macaques / Macaws) setiap hari pada jam 11.00 pagi dan 3.00 petang (3.30 petang pada hari Jumaat)

6 – Istana Negara Lama

melawat istana negara

Istana Negara terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, di tepi Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang. Istana Negara adalah kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak merdeka sebelum berpindah ke Istana Negara, Jalan Duta pada 15 November 201.

Istana Negara ini dengan secara rasminya menjadi Muzium Diraja mulai 1 Februari 2013. Sejak itu, Istana Negara telah membuka Bilik Beradu Yang di-Pertuan Agong , Bilik Beradu Kerabat Diraja, Bilik Santapan, Bilik Permaisuri , Bilik Menteri , Bilik Duta malah Bilik Mandi Permaisuri.

Waktu Lawatan

  • Setiap hari – 9.00 pagi hingga 5:00 petang

Bayaran Masuk ke Muzium Diraja Istana Negara

  • Dewasa RM 5.00
  • Kanak-kanak / Pelajar Sekolah Menengah Beruniform RM 2.00
  • Pelajar Sekolah Menengah Tidak Beruniform RM 3.00
  • Warga Emas & OKU RM 3.00

Semoga percutian untuk anak-anak kita diisi dengan lawatan yang mendedahkan mereka dengan pengalaman dan pengetahuan yang berfaedah.

Kontest funderfull video oleh Yeo's

klik gambar untuk saiz lebih besar.

Hadiah wang tunai bernilai RM40,000 untuk anda menangi dengan hanya membuat video yang kelakar, sempoi dan menarik. Mudah gila peraduan Yeo’s Funderful Video Contest ini. Aku pun teruja nak join. Mana tahu ada rezeki. Korang pun try la. Mana tahu boleh menang hadiah utama RM20,000. Layari laman web Yeo’s untuk informasi lanjut.

Kongsi komen anda
  • linda March 21, 2014 at 2:09 pm

    salam.. tq for great info…musim cuti datang lg… nih yg tercari2 nak gi jalan2 bawa anak sambil merehatkan diri dari kesibukan kerja..

  • Johng328 May 2, 2014 at 2:26 am

    You are my inspiration, I possess few web logs and rarely run out from to brand. edgdccgkkgfe

  • Mawardiyunus June 12, 2014 at 9:14 pm

    dah lama x p pusat sains negara

  • ImaDW June 16, 2014 at 3:03 pm

    Nice…
    how about travelling in Indonesia??
    please visit http://www.duniawisataku.com
    Bromo Mountain, Borobudur Temple, Kuta Bali… etc
    Enjoy travelling wit us!!

  • Juliane June 27, 2014 at 9:33 am

    It’s in point of fact a nice and useful piece of info.
    I’m satisfied that you just shared this helpful info with
    us. Please stay us up to date like this. Thanks for sharing.

  • origeninc.com July 13, 2014 at 4:00 am

    I really like your blog.. very nice colors & theme. Did you design this website yourself or did you hire someone to do it for you?
    Plz reply as I’m looking to construct my
    own blog and would like to find out where u got this from.
    cheers

1 2
Trackbacks