Assalamualaikum warahmatullah dan salam jumaat.
Pasti sudah ramai yang mengenali Tadom Hill Resort ini kan kerana tempat ini pernah menjadi viral beberapa bulan yang lalu. Keindahan dan kecantikan tempat ini membuat kan tempat ini menjadi viral di negara kita.
Tadom Hill Resort ini terletak di Banting, Selangor sahaja. Tempatnya memang sangat cantik dan menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan sahabat handai.
Tarikan utama di sini ialah, resort dan segala kemudahan yang di sediakan di sini di perbuat daripada buluh. Tadom Hill Resort ini di kelilingi oleh permandangan bukit batu kapur dan tasik yang indah.
Bayaran masuk ke Tadom ini hanyalah RM18. Tadom Resort Hill ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 6.45 petang. Jika anda ingin menginap di resort ini, anda boleh mendapatkan pakej-pakej penginapan yang bersesuaian dengan anda.
Antara aktiviti yang ada di sini ialah tadom splash, the bamboo hall, bamboo treehouse, BBQ area dan banyak lagi. Jika pada hujung minggu, boleh la datang bersama sahabat handai atau keluarga anda di sini. Bersantai sambil mengeratkan hubungan silaturrahim.
Maklumat lanjut mengenai tempat ini, boleh la ke website Tadom Hill Resort.
Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Day pass opening hours:
Monday – Sunday (10:00am – 6:45pm)
Klu x nk menghinap kt resort just nk join activity lasak kt situ boleh ke?then bayaran mcm mne?
Nak masuk still ke bayar RM18. 🙂