Sejak Jepun melonggarkan syarat visa untuk menggalakkan lebih ramai lagi pelancong melawat negara tersebut, mereka pada masa yang sama berusaha untuk menjadikan negara mereka lebih mesra kepada pengunjung yang beragama Islam.
Langkah ini dapat dilihat dari segi pembukaan restoren halal di lapangan terbang utama negara tersebut selain daripada menggalakkan pemilik hotel di negara itu memiliki sekurang-kurangnya seorang chef yang arif tentang pemakanan halal. Majoriti lapangan terbang di negara ini mempunyai surau khas untuk yang beragama Islam, bukan seperti ruang sembahyang semua agama seperti yang terdapat di lapangan terbang di Singapura walaupun pada hakikatnya lebih ramai penduduk Islam di Singapura.
Surau di lapangan terbang Kansai memang mewah, luas dan bersih, terletak sebaris dengan lounge business class syarikat penerbangan lain. Kemudahan surau di sesetengah shopping mall di negara kita pun boleh kalah dengan kemudahan surau di lapangan terbang Kansai ni.
Cukup dengan surau, di sini saya ingin menyenaraikan dua restoren halal yang terdapat di lapangan terbang Kansai, Jepun. Restoren pertama ni nama tak diketahui sebab saya tak pandai bahasa Jepun. Restoren ni terletak di tingkat 3 lapangan terbang Kansai, sebelum anda masuk ke gate (tiada restoren halal selepas imigresen/gate).
Restoren terletak di bahagian penjuru tempat yang banyak restoren. Memang takkan miss sebab sijil halal di bawah ni terpampang di tepi dah hadapan kedai.
Mereka menjemput agensi dari Malaysia untuk membantu dalam proses mendapatkan pensijilan halal
Menu. Harga makanan di sini adalah harga biasa restoren di Jepun 800 – 1000 yen / hidangan.
Kalau nak lebih nilai, ambil set nasi + ayam dengan mi sup 947 yen atas tu. Lagi untung.
Ini set yang saya cakapkan tu.
Saje try kari ayam Jepun. Kari ni tak guna santan rasanya, jadi takdelah rasa berlemak sangat. Kari Malaysia lagi sedap.
Restoren kedua, Sanuki. Restoren halal ni terletak di tingkat dua lapangan terbang Kansai, di hadapan pintu domestic arrival.
Harga makannya lebih murah berbanding restoren tadi. Sesuai untuk mereka yang berbajet.
Onigiri halal pun ada. Kalau nak lebih jimat, makan onigiri macam ni pun cukup dah.
Kembara halal Jepun lebih mudah sekarang ni sebab Jepun bersungguh-sungguh menyediakan negara mereka untuk menerima pelancong yang beragama Islam. Kepada yang ingin ke Jepun, semoga perjalanan anda dan misi mencari makanan halal dipermudahkan.
Ahhaha.. bestnya.. terima kasih atas entry ni. Dulu pi Osaka takut2 nak makan, bawak bekal sendiri je. Sekarang tak sabar nak p Osaka balik. I am so Japan