Restoran Halal Phnom Penh

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lebih empat tahun kami berulang-alik ke Phnom Penh menguruskan projek usahasama eQurban Resources dan Koperasi Muslim Kemboja. Setiap kali pergi ada sahaja perubahan yang berlaku di Kota Phnom Penh yang sedang pesat membangun setelah keluar daripada kegawatan perang saudara.

Vietnamese Pho Noodle Phnom Penh

Perubahan paling ketara kali ini adalah jumlah Restoran Halal yang semakin banyak berbanding empat tahun dahlu. Paling menarik mendarat sahaja di Phnom Penh International Airport kami disambut dengan Restoran Halal, Vietnamese Pho Noodle yang menghidangkan berbagai makan halal citarasa Vietnam. Kalau dulu kami perlu ke tengah bandar untuk mendapat makanan halal kerana tidak terdapat di Phnom Penh International Airport.

Restoran D'Nyonya Phnom Penh

Restoran Halal citarasa Malaysia pun semakin banyak antaranya Restoran D’Nyonya yang terletak di sebelah Pasar Baru sebaris dengan kedai elektronik. Antara menu menarik di sini adalah Tom Yam, Kari Kepala Ikan dan Ayam Goreng Telur Masin. Paling tak sangka Restoran D’Nyonya diuruskan oleh kawan baik adik aku yang berasal dari Segamat, Johor.

Cafe Malaya Phnom Penh

Satu lagi Restoran Halal citarasa Malaysia adalah Cafe Malaya yang terletak berhampiran Pasar Baru di bahagian Timur berhampiran Pasaraya Suria. Cafe Malaya menggunaka sistem buffet dengan berbagai hidangan utama, ulam, sambal dan dessert.

Mekong Cafe Phnom Penh

Kalau pelancong ingin mencuba masakan halal citarasa tempatan boleh singgah di Mekong Cafe yang terletak di belakang Bangunan Kementerian Kewangan. Menu paling utama adalah Sup Kepala Ikan dengan berbagai sayur-sayuran. Orang kata kalau mengembara ke negara orang kenalah rasa masakan mereka barulah best … tak gitu?

Taste of Asia Phnom Penh

Banyak lagi restoran halal di Phnom Penh seperti D’Wau dan kalau nak makanan segera bolehlah menjamu selera di KFC yang dipunyai oleh KFC Malaysia.

Paling mengejutkan aku kali ini apabila terdapat Restoran Halal, Taste of Asia di dewan perlepasan. Seingat aku 4-5 bulan lepas kali terakhir aku menjejaki kaki ke Phnom Penh masih belum ada lagi Taste of Asia di Dewan Perlepasan, Phnom Penh International Airport.

Kongsi komen anda
  • nurmisnan March 16, 2013 at 2:16 am

    Best2… x sampai lg kat sini.. mayb next trip kesini kot…

  • izharzaid April 2, 2014 at 3:08 pm

    Terima kasik diatas info yang sangat berguna Saya baru balik Dari Saigon Minggu lepas. Pada 28-31 Mei nanti nak pergi Phnom Penh Kemboja. Siapa nak joint sekali boleh hubungi 0174276364