Pasti meriah dan ramai orang yang akan datang ke Putrajaya.
Sudah kali ke 7 Fiesta Belon Udara Panas ini diadakan di Putrajaya. Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta merupakan acara yang dimulakan oleh AKA Balloon Sdn Bhd, disokong oleh Perbadanan Putrajaya.
Keunikan acara ini menarik semua orang dari seluruh Malaysia dan dari 70 negara-negara lain. Bagi 6 tahun yang lalu, berlangsung sudah pameran dan pertunjukan belon udara dan sukan penerbangan lain kepada orang ramai. Ia menggalakkan aktiviti kekeluargaan dengan berseronok dengan pelbagai aktiviti untuk semua peringkat umur. Diadakan semasa cuti sekolah, memang merupakan masa yang tepat untuk percutian seisi keluarga.
Badan-badan korporat juga telah mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan produk baru, memberi sampel produk, meningkatkan kesedaran jenama dan juga meningkatkan jualan untuk produk mereka semasa acara 4 hari. Jenama Mi Sedap, Nestle, Amien Faried, Red Box and Green Box, The Everly Putrajaya dan pelbagai lagi syarikat-syarikat telah menjadi penaja PIHABF2015 ini.
Ramai yang hadir ke Putrajaya ini meskipun pada hari pertama fiesta.
Crew-crew belon udara panas juga bertungkus lumus untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik.
Semua pengunjung sememangnya tidak sabar untuk hadir ke Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 ini. Dimaklumkan pada tahun ini ada dua sesi Night Glow iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Bagai sesuatu yang cukup luarbiasa, tiket Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 ini habis dijual dalam masa sehari sahaja secara dalam talian. Ini adalah kerana bilangan pelawat yang ingin menaiki belon udara panas tersebut adalah terhad.
Jangan lupa untuk memilih lokasi dan semak peta kawasan yang terlibat supaya anda tidak berpusing jauh untuk ke sesuatu lokasi. Untuk kawasan rileks dan santai bersama keluarga dan rakan, anda boleh ke Picnic Area. Rancang dan ikuti juga Tips ke Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2015 supaya anda tidak terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Permulaan cuti sekolah yang mungkin dibanjiri oleh ratus ribuan orang di Putrajaya.
Mulakan hari anda menarik di pesta itu dengan menaiki KLIA Transit ke Putrajaya. Dapatkan khas KLIA Transit Putrajaya Pulangan Pakej dan jimat sehingga 35% daripada tambang biasa. Dari Putrajaya Sentral, hanya naik bas Putrajaya untuk pergi ke tempat pesta itu (tambang bas satu hala adalah 50 sen).
Tawaran istimewa ini boleh didapati dari 12 hingga 15 Mac 2015. Tiket boleh dibeli di Kaunter KLIA Transit Tiket di KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA2 (tidak terdapat di Stesen Putrajaya & Cyberjaya). Terma & syarat. Untuk maklumat lanjut termasuk harga pakej, sila layari www.KLIAekspres.com/Deals.
menariknya,tak pernah pergi sekali pun..if sempat hujung minggu ni boleh la bawa anak-anak 🙂
Ada satu belon, orang Malaysia “pilot”nya…
ballooning crew.. ade tk keje kosong untk crew.sy bminat.urgent.