Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.
Pisang goreng cheese!
Siapa tak rasa memang rugi, sebab rasanya memang sangat sedap. Ini salah satu makanan kegemaran penulis sendiri. Kalau ternampak kedai atau gerai yang menjual goreng pisang cheese memang wajib singgah dan beli.
Antara tempat yang selalu penulis singgah adalah di gerai pisang goreng cheese, Batu Caves, Gombak, berhadapan dengan Lebuhraya Duke. Gerai ini di buka setiap hari, jam 4 petang sehingga 10 malam.
Setiap hari, memang agak ramai yang datang ke gerai ini. Cuma, kelemahan yang masih boleh di perbaiki di gerai ini adalah servisnya yang agak lambat. Penulis sendiri terpaksa menunggu sehingga dua jam untuk mendapatkan pisang goreng cheese ini. Tetapi, di sebabkan kesedapannya, penulis sanggup juga menunggu.
Pisang goreng di sini terdapat dalam pelbagai perisa. Antaranya ialah coklat, karamel, strawberi dan campuran perisa. Perisa yang memang menjadi pilihan penulis ialah coklat. Memang sedap!
Sekali makan, memang akan rasa nak makan lagi. Bagi sesiapa yang tidak suka cheese atau pisang goreng, anda boleh lah mencuba pisang goreng cheese ini. Pasti jatuh hati untuk makan lagi nanti.
Leave a Reply