Percutian Sehari Di Bukit Fraser

Ramai yang bercakap, tak ada apa yang menarik di Bukit Fraser. Sebenarnya, minat yang menarik kita berkunjung. Tiap tempat ada keistimewaannnya yang tersendiri.

Bagi pencinta alam, Bukit Fraser adalah kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna yang tidak terusik dengan kepesatan pemodenan. Bangunan seni bina gaya Inggeris masih tersergam indah dan antaranya ialah balai polis yang dibina pada tahun 1919.

KLIK UTK TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%

Suhu dingin sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius dengan ketinggian 1,524 meter di atas paras laut memberi panorama redup dan lembab dengan aroma udara yang segar.  Jaraknya lebih kurang 100KM dari Kuala Lumpur menjadikannya  sebagai lokasi persinggahan sehari  sambil menikmati  gaya dan suasana kehidupan sederhana desa Inggeris .

Walaupun mengalamai pengalaman mendaki yang memeritkan sewaktu menempuh jalan raya yang berliku-liku , sebaik menjejak ke destinasi ini, kedamaian yang terpampang didepan mata seolah-olah telah mengganti segala rasa tersebut.


Menara Jam Bukit

Persekitaran suhu yang dingin dengan bunga subur berkembang memberi satu perasaan tenang, damai dan menyegarkan .   Biarpun aktiviti pelancongan di sini tidak semeriah di Genting Highland dan Cameron Highland, tetapi Bukit Fraser yang juga di kenali sebagai The Little England of Malaysia ini punya keistimewaan tersendiri.

Salah satu tempat yang menarik di Bukit Fraser adalah Taman Flora Bukit Fraser ( Fraser’s Hill Garden Center ).

Untuk ke lokasi ini, sampai saja di  dataran bulatan Menara Jam, terus mendaki ke arah kanan sehingga bertemu simpang tiga. Ambil arah ke kiri sehingga bertemu simpang dan ambil arah ke kiri sekali.

ladang strawberry di bukit fraser

Strawberry juga ditanam di Bukit Fraser.

petik strawberry di ladang

Berpeluang memetik sendiri strawberry.

Bersebelahan Taman Flora Bukit Fraser adalah Allan’s Water, sebuah tasik kecik yang merupakan taman untuk aktiviti rekreasi .  Pada asalnya kawasan tadahan ini dibina oleh FH Allan untuk membekalkan air kepada penduduk Inggeris yang pernah tinggal di kawasan ini.

Allan's Water Fraser's HillPelawat juga boleh  mengayuh paddle boat di Allan’s Water dengan sewaan  RM6 untuk 15 minit.

 

allan's water bukit fraser

 

Susur tanam yang comel  dengan laluan pejalan kaki yang dihiasi bunga berwarna warni yang menarik.

bunga dan sayuran di bukit fraser

Peminat bunga pasti teruja melihat warna warni yang subur.

buah dan sayur di bukit fraser

 

Strawberry, beetroot dan kubis hasil dari Taman Flora Bukit Fraser.

 

aktiviti menjejak burung di bukit fraser

Bukit Fraser bukan saja menarik minat aktiviti  merentas hutan, tetapi ianya lokasi bagi pencinta burung untuk mengintai kehadiran dan menikmati kicauan unggas di sebalik rimbunan kehijauan.  Dengan keluasan 2804 hektar merentas Banjaran Titiwangsa, Bukit Fraser  merekodkan lebih daripada  270 spesies burung tanah tinggi dengan 64 daripadanya spesies imigran yang datang dari Eropah, Siberia, Cina, India juga Finland pada setiap September hingga Mac.

Untuk mengalas perut,  Medan Selera Bukit Fraser adalah lokasi menjamu selera yang dibuka di sini.  Masjid, tandas awam, taman permainan kanak-kanak juga disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Untuk percutian yang menjimatkan, Bukit Fraser memenuhi aktiviti  harian anda dengan harga yang paling minimum, contohnya

  • Jungle Trekking – percuma
  • Memanah – RM 8 untuk 10 anak panah
  • Menunggang kuda – RM 5
  • Bersampan di Allan’s Water – RM 6

Bagi peminat fotografi, Bukit Fraser juga memberi anda pelbagai sudut menarik untuk diabadikan.

Kongsi komen anda
  • nila anggraini October 29, 2014 at 3:04 pm

    Lama dah nak gi bukit fraser nie…tak jauh mana pun dari rumah..masalah tak de cuti lagi, insaaAllah nanti cuti sekolah ni nak kesana kalau ada rezeki lebih..

1 2 3
Trackbacks