Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Musim cuti sekolah masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Kemanakah anda membawa anak-anak bercuti pada kali ini?
Langkawi Bird Paradise and Wildlife Park antara salah satu tempat yang di sukai oleh kanak-kanak kerana terdapat pelbagai jenis hidupan liar terutamanya burung.
Kanak-kanak majoritinya memang suka melihat binatang. Tiket untuk masuk ke sini ialah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
Di Langkawi Bird Paradise ini, terdapat banyak sangat burung yang di pelihara di sini. Antara nya ialah burung kakak tua, burung enggang, burung kasawari, burung helang, burung merak dan macam-macam jenis lagi. Hampir ratusan spesis burung yang ada di Langkawi Bird Paradise ini. Anda boleh datang dan lihat sendiri.
Anda berpeluang untuk bergambar dengan burung-burung di sini, memberi makan dan juga menonton pertunjukkan burung atau haiwan-haiwan pada masa tertentu.
Sebelah Langkawi Bird Paradise, terdapat pula Langkawi Wildlife Park. Di sini, terdapat pelbagai jenis hidupan liar seperti buaya, luar, rusa, kancil, dan spesis serangga yang jarang di lihat dan merbahaya turut di pamerkan di sini.
Anak-anak bukan sekadar boleh melancong malah boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Memang berbaloi jika ke sini. Jom sama-sama kita manfaatkan cuti sekolah ini dengan melancong ke tempat yang menarik dan bermanfaat.
Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park
Leave a Reply