Assalamualaikum warahmatullah dan salam jumaat.
Gunung Ledang yang juga dikenali sebagai ‘Mount Ophir‘ merupakan sebuah gunung yang terletak di daerah Ledang di Johor Darul Takzim, Malaysia.
Gunung Ledang ini merupakan gunung yang tertinggi di Selatan Semenanjung Malaysia. Gunung ini memiliki ketinggian 1276 meter.
Buat anda yang sukakan aktiviti outdoor yang mencabar fizikal dan mental, anda boleh cuba mendaki Gunung Ledang ini. Apabila anda berada di atas gunung ledang ini pada waktu siang, anda boleh melihat seluruh Selat Melaka, Sumatera dan Indonesia dengan jelas.
Anda boleh melakukan aktiviti mendaki gunung Ledang ini secara berkumpulan atau boleh mengikuti mana-mana kelab yang melakukan aktiviti ini seperti Outbound Adventure Crew – O.A.C dan banyak lagi.
Sebelum memulakan pengembaraan, anda akan diberikan taklimat terlebih dahulu oleh pasukan yang bertugas. Pasti kan anda membawa bekalan dan kelengkapan yang secukupnya. Anda bukan harus mendaki gunung begitu sahaja tetapi harus meredah hutan yang tebal sebelum sampai ke puncak. Laluan untuk ke puncak pula harus melalui jalan K.F.C iaitu Killing Fitness Center.
Masa yang di ambil untuk sampai ke puncak gunung kebiasaannya dalam masa 4 jam tetapi bergantung juga kepada perjalanan anda. Sepanjang perjalanan ke puncak, anda akan bertemu dengan ‘chekpoint’ yang mana checkpoint tersebut merupakan tanda tempat yang anda boleh berehat sebelum meneruskan perjalanan yang seterusnya.
Apabila sampai di puncak, anda akan merasakan pendakian ini sangat berbaloi dengan permandangan yang sangat cantik dan udara yang nyaman serta cuaca yang sejuk. Hilang segala kepenatan apabila melihat keindahan ciptaan Allah.
Aktiviti mendaki gunung ini bukan sahaja aktiviti yang mendekatkan diri kita dengan alam malah akan membuatkan kita lagi dekat dengan Allah SWT. Betapa besarnya kuasa ciptaanNYA.
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15
Leave a Reply