Melting Pot Cafe menawarkan sajian tradisi Nasi Padang dari sekarang sehingga 30hb November 2018. Nikmati kelazatan hidangan yang disediakan oleh Chef Rogayah Sharif dan Chef Azizah Abdul Malik.
Padang adalah tempat asal orang Minangkabau di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Padang adalah antara makanan terkenal di Asia Tenggara termasuk Singapura. Masakan Padang ini terkenal dengan rasanya yang kaya dengan santan dan kepedasan cili.
Perbezaan di antara masakan Padang dan Melayu terletak pada cara penyediaan lauk Padang tersebut, namun terdapat satu atau dua bahan yang berbeza digunakan dalam masakan Padang yang memberikan rasa, tekstur dan aroma yang tersendiri.
Menu-menu di Melting Pot Cafe, Hotel Concorde Kuala Lumpur memang cukup sedap dan menyelerakan. Berbaloi jika membawa keluarga mahupun rakan sepejabat di sini.
Diantara hidangan wajib masakan Padang adalah ayam pop, dendeng, kalio ayam, cumi balado, sup tulang rusuk, lauak taucho ikan, samba! udang petai, gulai jariang pucuk ubi, taruang balado dan gulai sayur kapau.
Terdapat juga lauk-pauk yang lain seperti anyang pucuk paku, gado-gado, uwok pucuk ubi, rendang daging, sup ekor dan gulai ikan !ado api. Godok batinta, kolak pisang, badak berendam, onde-onde dan bubur pulut hitam adalah antara pemanis mulut yang harus dicuba.
Terdapat persembahan secara langsung oleh kumpulan Begema 5. Chef menyediakan 3 set bufet yang berbeza.
Untuk buffet ‘Masakan Padang’ ni, ianya bermula dari 25hb Oktober 2018 – 30hb November 2018 dari 6.30petang hingga 10.00 malam. Harga buffet makan malam ini adalah RM110.00 nett (termasuk hidangan tempatan dan antarabangsa)
Untuk tempahan buffet ‘Masakan Padang’ boleh hubungi di talian +03 2717 2233 atau email ke fbkl@concorde.net.
Concorde Hotel Kuala Lumpur
2 Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603 2144 2200
Laman Web:
http://kualalumpur.concordehotelsresorts.com/
Facebook Page :
https://www.facebook.com/concordehotelkualalumpur/
Instagram :
https://www.instagram.com/concordehotelkl/
Leave a Reply