LEGOLAND tempat menarik di Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini adalah entri daripada penulis jemputan Mohd Zaid pengendali blog MohdZaid.com.

LEGOLAND MALAYSIA merupakan salah sebuah taman tema terkemuka sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga dan anak-anak. Legoland Malaysia dibuka kepada umum secara rasmi pada 15 September 2012. Saya sempat berkunjung ke sini atas jemputan untuk para Media dan Bloggers bagi merasai sendiri pengalaman dan keseronokkan sebenar di Legoland Malaysia.

Geng Kembara Legoland Malaysia

Untuk pengetahuan semua Legoland Malaysia terletak di Medini, Nusajaya, Johor Bahru, Johor dan merupakan Legoland yang pertama di Asia dan ke-6 di dunia dengan keluasan 76 ekar di Iskandar Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia rasa amat berbangga kerana kini Malaysia bukan sahaja aman, damai dan bersih malah mempunyai sebuah taman tema bertaraf antarabangsa.

Harga Tiket Legoland Malaysia

Harga tiket masuk Legoland Malaysia adalah RM140 (Dewasa 12-59 tahun), RM110 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Legoland Malaysia juga menyediakan Annual Pass untuk pengunjung dengan harga RM275 (12-59 tahun) dan RM210 (Kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas). Rasanya harga tiket masuk ke sini boleh dikatakan berbaloi juga kerana mereka menyediakan lebih daripada 40 jenis permainan, pertunjukan dan tarikan.

harga tiket masuk legoland malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia

Bagi pengunjung yang datang ke sini bersama keluarga dan anak-anak, mereka boleh merasai sendiri pengalaman 7 taman tema khas yang disediakan di Legoland Malaysia iaitu Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Lego Technic, The Beginning, Lego City dan Miniland.

patung legoland malaysia

Hampir 50 juta bongkah Lego digunakan untuk menyediakan model-model Lego yang terdapat dalam taman tema ini. Pengalaman yang paling menarik ialah apabila dapat melihat sendiri model-model Lego yang dibina dan dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

binaan legoland malaysia

Apabila berada di dalam taman Miniland para pengunjung dapat melihat model-model bangunan yang dibina menggunakan bongkah Lego seperti KLCC, KLIA, Bangunan Sultan Abdul Samad, Taj Mahal, KL Tower dan banyak lagi. Bila dilihat secara kasar ianya nampak seakan-akan sama dengan bangunan asal. Memang betul-betul teliti dan kemas hasil kerja mereka menyiapkan model bangunan-bangunan tu. Mengikut jurucakap Legoland, hampir 2-3 bulan untuk menyiapkan sesebuah model bangunan dan ada yang memakan masa hampir bertahun.

Menara KLCC di Legoland Malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia

Taman Tema Legoland Malaysia

Taman Miniland meliputi bangunan-bangunan popular di serata Asia antaranya bangunan yang terdapat di Malaysia, Singapura, India, Myanmar, China, Laos, Brunei, Philippines, Indonesia, Vietnam, Cambodia dan Thailand. Jadi, bawalah anak-anak ke sini untuk menikmati panorama yang indah dan menarik.

model bangunan legoland malaysia

model bangunan legoland malaysia

Model Bangunan Sultan Abdul Samad di Legoland Malaysia

Selepas keliling benua Asia saya ke taman Lego Technic pula. Di sini terdapat permainan untuk seisi keluarga. Bagi mereka yang dewasa janganlah risau kerana di Lego Technic memang sesuai untuk citarasa anda. Permainan yang paling saya gemari adalah ‘Aquazone Wave Race’ dan ‘Project X’.

Project X Legoland Malaysia

Project X Legoland Malaysia

Bagi yang tidak takut akan ketinggian Project X merupakan permainan yang sesuai untuk anda. Dengan ketinggian 18 meter dan curam, Project X memberikan seribu satu kepuasan bagi diri saya.

Aquazone Wave Race - Legoland Malaysia

Kalau datang ke Legoland Malaysia ni dinasihatkan bawalah baju tambahan kerana kalau anda bermain permainan ‘Aquazone Wave Race’ anda mungkin akan kebasahan akibat Water Splash dan percikan air yang ditembak melalui pistol air oleh orang ramai yang menyaksikan. Selain daripada itu di taman Lego Technic terdapat juga Lego Academy, Lego Mindstorms, Technic Twister.

Kemudian saya ke taman Lego Kingdom pula. Di sini terdapat sebuah istana yang tersergam indah. Rasa macam berada di luar negara dan berada di zaman fantasi je. Di sini juga terdapat tarikan untuk kanak-kanak dan dewasa.

Lego Kingdom Legoland Malaysia

Bagi orang dewasa anda boleh mencuba 2 buah roller coaster di sini. Roller coaster pertama dipanggil Dragon’s Apprentice yang tak berapa laju dan tinggi, sesuailah bagi mereka yang baru ingin rasa menaiki roller coaster. Bagi yang dah pro (macam saya) pula sesuai naik The Dragon yang agak mencabar, laju dan curam.

roller coaster legoland malaysia

Sementara melihat orang bermain roller coaster, yang tak bermain tu bolehlah bawa anak-anak bermain The Forestmen’s Hideout, Merlin’s Challenge dan Royal Joust.

tunggang kuda legoland malaysia

Di bahagian Imagination pula, saya berpeluang merasai permainan Kids Power Towers. Di sini juga terdapat pelbagai permainan untuk kanak-kanak antaranya Build & Test, Observation Tower, Lego Studios, Musical Fountain, Duplo Playtown, Duplo Express.

imagination legoland malaysia

build & test legoland malaysia

Build & Test – Di sini ibu bapa dan anak-anak dapat merekacipta model Lego sendiri. Semasa saya ke sini ramai di antara mereka menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada yang buat model kereta, model bangunan. Apa yang penting di sini satu keluarga dapat disatukan bersama-sama selain dapat berhibur.

lego studios legoland malaysia

Lego Studios – Saya paling suka bila berada di Lego Studios kerana di sini saya dapat menonton dan merasai sendiri keunikkan dan kehebatan persembahan 4D dari filem-filem Lego. Bayangkan anda dapat rasa percikan air, angin dengan bunyi yang mantap di sini. Memang terbaiklah!

Kanak-kanak juga dapat berhibur bermain permainan kegemaran mereka di Duplo Playground dan Duplo Express.

playground legoland malaysia

Banyak lagi permainan yang menarik boleh didapati di Legoland Malaysia. Rasanya tak perlulah saya cerita panjang lebar kerana saya pasti ramai di antara anda sudah tak sabar untuk berkunjung ke sini, kan?

Selalu jika saya ke taman tema di luar negara perkara paling saya risaukan adalah makanan Halal, tandas dan tempat beribadah. Tapi jangan risau kerana di Legoland Malaysia boleh dikatakan kesemua makanan dan minuman di sini adalah Halal dan terdapat beberapa tempat ibadah (surau) disediakan kepada pengunjung beragama Islam. Tandas di sini juga banyak dan bersih serta mempunyai kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Saya pasti akan berkunjung ke Legoland Malaysia lagi sebab rasa tak puas sehari merasai pengalaman hebat ini. Terima kasih Legoland Malaysia kerana berikan layanan terbaik kepada semua pengunjung. Apa yang saya puji, staff mereka memang peramah dan sentiasa membantu.

Kongsi komen anda
  • junhyung July 15, 2013 at 4:08 pm

    mesti pegi…

  • weschairs October 17, 2013 at 9:00 am

    Iskh beta pasti sampai nanti

  • ada October 21, 2013 at 3:13 am

    wah boleh tahan rege tiket die.tp klu bwk budak kecik xberbaloi kot sbb xleh nk main byk..nk kene layan budak2 lagi.hehehe..

  • saha November 9, 2013 at 11:21 am

    wow, bestnya, tapi masuk je, saya dah kena bayar Rm500.00 sebab 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. bagi yang ada anak ramai, mesti pening juga memikirkannya. Patutnya pihak Legoland, kenakan bayaran yang munasabah.

  • ada November 15, 2013 at 11:47 pm

    bestnye kalau dapat pergi..yg tua pon rs muda semula..hik3.

  • adam March 10, 2014 at 11:52 am

    berapa kalau saya ye,, anak ada 6 + anak bapa mentua tiket saja dah dekat rm 1,000 le.. tapi tak apalah sekali aje…

    • Admin March 20, 2014 at 12:48 pm

      Lain kali kena beli dengan travel agen boleh dapat diskaun harga tiket tu

  • nuha March 28, 2014 at 5:24 pm

    bestnya

  • Sibyl May 15, 2014 at 6:38 am

    Excellent post. I am experiencing some of these issues as well..

1 2
Trackbacks