Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera.
Jakarta merupakan ibu kota di Indonesia, antara bandar yang mengalami ‘macet’ atau kesesakan jalan yang ketiga terteruk di dunia. Jika di tanya pendapat kepada penulis tentang pelancongan yang menarik di Indonesia, Jakarta antara tempat yang penulis tidak akan suggest kan untuk pergi kerana kesesakan jalannya terlampau teruk.
Namun, jika ingin mencari pengalaman, boleh lah pergi ke Jakarta. Lawatan kami ke Jakarta pada awal tahun ini adalah untuk mengkaji tentang kehidupan dan cara hidup para nelayan di sana. Seminggu di Jakarta di rasakan seperti setahun kerana keadaan cuaca yang sangat panas dan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk sehinggakan kami terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk bergerak ke satu-satu tempat.
Pada waktu itu, terdapat banyak tempat yang telah kami lawati. Antaranya adalah universitas muhammadiyah Jakarta, pesantren, perkampungan nelayan, pasar malam, ESQ Business School dan banyak lagi.
Antara tempat yang paling mencuri perhatian dan minat penulis adalah ESQ Business School kerana penulis sendiri memang sangat meminati bidang perniagaan dan ESQ itu sendiri.
ESQ merupakan singkatan daripada Emotional Spiritual Quotient yang di asaskan oleh pak Ary Ginanjar Agustian yang bermula dengan program-program training.
Beliau seorang yang sangat baik dan sangat humble. Saat berjumpa dengan beliau, keterujaan sangat di rasai. Senyumannya tidak lekang di bibir dan aura positif sangat dirasai apabila berhadapan dengan beliau.
ESQ mempunyai mempunyai mottonya yang tersendiri iaitu 165. Angka 1 merujuk kepada Tuhan yang satu iaitu Allah. Angka 6 pula merujuk kepada rukun iman dan angka 5 merujuk kepada rukun islam.
Sebaik sahaja sampai di ESQ Business School, kami di sambut dengan layanan yang sangat istimewa dan mesra. Penulis juga berkesempatan memasuki kuliah berkenaan bisnes yang di ajar oleh tenaga-tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dan terkenal di Indonesia.
Keistimewaan bangunan ESQ Business School ini ialah tingkat yang paling tinggi adalah surau. Di surau ini kita dapat melihat seluruh negeri Jakarta yang sangat luas. Pemandangan nya yang cantik sangat mengujakan.
Apabila tiba di sini, semangat dan aura bagi mereka yang memang berkecimpung dalam dunia perniagaan akan bertambah-tambah.
Wajah-wajah yang sangat teruja dapat bertemu dengan pengasas ESQ Business School, Jakarta, Indonesia.
Bagi yang berminat untuk menyertai ESQ Training, boleh ke fanpage “ESQ 165 Malaysia” untuk dapatkan update terkini berkenaan dengan program yang dianjurkan.
Leave a Reply