Kota Purba Bagan tempat menarik di Myanmar

Bagan, (dahulunya dipanggil Pagan) adalah sebuah bandar purba yang terletak di Wilayah Mandalay di Myanmar (Burma). Dari ke-9 untuk abad ke-13, bandar ini merupakan ibu kota Kerajaan Pagan, iaitu kerajaan pertama yang berjaya menyatukan wilayah yang kemudiannya membentuk Myanmar moden.

Semasa kemuncak kerajaan itu antara abad ke-11 sehingga ke-13,terdapat lebih 10,000 kuil-kuil Buddha, pagoda dan biara yang telah dibina di dataran Bagan sahaja. Kini hanya lebih 2200 kuil dan pagoda sahaja yang masih hidup hingga ke hari ini.

Kawasan Arkeologi Zon Bagan adalah tarikan utama bagi industri pelancongan yang baru muncul di negara ini. Ia dilihat oleh banyak pihak sebagai sama tarikan dengan Angkor Wat di Kemboja. Disebabkan inilah saya dan rakan-rakan sanggup menempuh 17 jam perjalanan dari Yangon ke Bagan untuk menyaksikan keindahan bandar purba ini.

denai bagan 1

Antara pagoda yang boleh dilihat dari puncak Shwesandaw Pagoda.

Setelah mendaftar masuk ke salah satu hotel di sana dan membersihkan diri masing-masing, kami seterusnya menyewa satu bus untuk membawa kami meronda kota purba Bagan ini. Kebanyakan pagoda dan biara di sini masih digunakan sebagai tempat sembahan orang Buddha atau sebagai tempat mendidik kanak-kanak tempatan menjadi sami.

Antara pengalaman yang kami dapati pada hari itu ialah:

  1. Adanya pintu gerbang yang besar sebelum sampai ke mana-mana Pagoda dalam Bagan. Sesuai mengambil sudut-sudut gambar yang cantik.
  2. Cuaca di sana agak panas, jadi sunblock amat diperlukan bagi mengelak diri menjadi lebih hitam. :P
  3. Setiap pengunjung diwajibkan membuka kasut atau selipar sebelum memasuki kawasan pagoda
  4. Hampir setiap tempat adanya orang menjual oleh-oleh berbentuk lukisan, postcards, barangan buatan lakuer, kayu dan logam dan bermacam-macam lagi.
  5. Jalan tanah berdebu yang tidak bertar menghubungkan setiap pagoda kepada yang lain.
  6.  Pengangkutan utama ialah bas, truk berbumbung, kereta berkuda, motosikal dan kereta/van sewa. Boleh duruskan dengan pihak hotel masing-masing
  7. Tiada caj untuk memasuki mana-mana pagoda kecuali Bayaran Masuk Bagan Arkeologi Zone sebanyak USD $ 10 (tapi tiada pegawai yang akan memeriksa).
  8. Makanan halal sukar untuk ditemui dan kami lebih bergantung kepada Maggi yang dibawa dari Malaysia.
denai bagan 2

Penduduk tempatan dsedang menuruni Shwesandaw Pagoda

denai bagan 3

Lagi pemandangan dari puncak Shwesandaw Pagoda.

denai bagan 7

Kanak-kanak dilatih menjadi sami buddha di Bagan

denai bagan 4

Pengangkutan utama di antara pagoda ialah bus, kereta kuda dan kereta/van sewa

Kami menjadikan Shwesandaw Pagoda sebagai hentian terakhir semata-mata untuk melihat matahari terbenam. Shwesandaw Pagoda telah dijadikan tempat utama untuk melihat kejadian ini dan ternyata ramai orang akan berada di sini ketika itu.

denai bagan 5

Menanti matahari terbenam di puncak Shwesandaw Pagoda

denai bagan 6

Matahari terbenam di Bagan.

Setelah menikmati suasana matahari terbenam, kami bertolak pulang ke hotel, makan maggi sebelah malamnya dan tidur awal. Hehe. Ini kerana awal pagi esoknya kami harus berangkat ke Tasik Inle yang berada 10 jam jauhnya dari Bagan. :’)

Bas dijadualkan bertolak pada 5 pagi esoknya dan sampai dalam pukul 3 petang. Tasik Inle akan menyusul dalam entri akan datang. Stay tuned.

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca dihttp://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Kongsi komen anda