Assalamualaikum & Salam Ceria
Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang mulia ini terasa ingin menulis satu artikel tentang kembara di bumi Kemboja pada Hari Raya AidilAdha yang lalu. Insya Allah teruskan membaca entri kali ini.
Saban tahun kita menyambut hari kebesaran Islam dan salah satunya ialah AidilAdha. Hari Raya AidilAdha ini di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia pada tanggal 10-13 Zulhijjah. Bila sebut sahaja tentang AidilAdha lantas kita akan ingat semula peristiwa tentang Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Alhamdulillah juga pada tahun ini aku bersama kawan-kawan berkesempatan menyambut hari kebesaran Islam ini di bumi Kemboja. Kami dipecahkan kepada 4 penerbangan berbeza kerana harga tiket yang berlainan. Antara lain faktor pasport dan juga pengesahan kehadiran. Jadi kepada pelancong yang ingin mengembara sila lihat harga tiket dengan lebih awal ya.
Jadual penerbangan sepatutnya jam 9:30 pagi tetapi oleh kerana faktor cuaca terpaksa ditunda selama 20 minit. Aku dan kawan-kawan duduk berehat di ruang menunggu sambil memerhati gelagat orang ramai.
Sempat juga aku berkenalan dengan beberapa orang di sana yang rata-rata masyarakat Malaysia yang ingin ke Kemboja. Ada yang pergi dengan syarikat penerbangan, ada yang berkumpulan, dan juga yang individu, ingin melancong agaknya. Sepanjang pengenalan yang singkat aku menyedari mereka yang ingin ke Kemboja ini semuanya ingin merasai pengalaman baru serta menikmati suasana AidilAdha di sana bersama penduduk kampung Kemboja.
Cukup sahaja 20 minit pengumuman pun dibuat bagi memanggil semua penumpang untuk “check in”. Banyak juga barang yang kami bawa antaranya makanan kering, peralatan kerja dan lain-lain. Aku ditugaskan sebagai jurugambar jadi keperluan aku sikit sahaja. Aku hanya membawa beg kamera dan juga beg baju. (memang sengaja tidak mahu bawa barang berat dan banyak).
Kami mengambil penerbangan MAS Airlines. Tempat duduk kami berbeza kerana tidak sempat “check in” bersama-sam. Sempat aku bersembang dengan aunty di sebelah. Ingin ke Kemboja kerana menziarahi kawan katanya. Aktiviti di dalam pesawat di banyak. Aku hanya menonton filem sambil menunggu pesawat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah, kami telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Phnom Penh, Kemboja. Insya Allah nantikan entri seterusnya untuk aku ceritakan pengalaman di sana.
Leave a Reply