Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Jika ke Gombak, penulis tak akan lepaskan peluang untuk singgah di Restoran K’ChiangMai Ikan Bakar ini. Penulis paling suka tomyam putihnya. Memang sangat sedap dan padu beb! Masih tak boleh ‘move on‘
Jika di Kuala Lumpur dan Selangor, tomyam di restoran inilah yang terbaik yang penulis sendiri pernah rasa. Tomyam nya betul-betul asli dari Thailand.
Selain tomyam, ikan bakar dan kerang bakar pun sedap di sini. Boleh order secara set atau secara berasingan. Restoran ini mula beroperasi sejak akhir tahun lepas. Sehingga hari ini, setiap hari pasti akan penuh pelanggan yang datang ke restoran ini.
Restoran ini dibuka bermula jam 11.30 pagi sehingga jam 11.30 malam. Lokasi nya adalah di Taman Perdagangan Selaseh II, berhadapan dengan lebuhraya Duke.
Harga nya juga berpatutan dengan makanan yang dihidangkan. Setakat ini, ini memang antara restoran yang wajib penulis singgah jika datang ke Gombak.
Nama restoran: K’CHIANGMAI IKAN BAKAR
Address: No 6 Jalan PPS 1 Selaseh Commercial Centre, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Leave a Reply