Assamualaikum warahmatullah dan Salam Sejahtera.
Tasik Kenyir antara tempat menarik yang wajib pergi jika datang melancong ke Terengganu. Jika menginap di ‘house boat’ lagi bertambah seronok.
Kini, ‘House Boat’ di Tasik Kenyir semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong asing. Anda yang berminat untuk melancong ke Tasik kenyir boleh membuat tempahan penginapan di ‘house boat’ yang telah di sediakan oleh agensi pelancongan.
Terdapat pelbagai pakej yang di sediakan. Anda boleh memilih pakej termasuk makan minum dan aktiviti yang disediakan. Antara pengalaman dan kenangan yang masih tersemat di hati penulis adalah tinggal di ‘house boat’. Memang menyeronokkan!
Kita boleh memlilih sama ada ingin memasak sendiri atau mengambil pakej termasuk makanan. Makanan yang di sediakan juga sangat sedap. Makan sambil menikmati panorama alam di sekitar kawasan Tasik Kenyir, semakin bertambah seleranya.
Bilik yang di sediakan juga selesa dan selamat. Terdapat juga kemudahan televisyen, astro, internet, bilik air dan kemudahan untuk memasak.
Perkara yang menyeronokkan apabila menginap di ‘house boat’ adalah anda boleh bersiar-bersiar ke mana sahaja yang anda ingin lawati sambil bersantai di ‘house boat’. Jadi, anda tidak akan penat. Jika rasa penat, boleh terus tidur dan apabila bangun ada masih menginap di dalam rumah atas air! Pengalaman yang menyeronokkan.
Ini merupakan antara pakej yang di sediakan bagi mereka yang berminat untuk melancong ke Tasik Kenyir dan menginap di ‘house boat’. In Sha Allah, sangat berbaloi dengan pengalaman menyeronokkan yang bakal anda dapat.
Saya Minat atas tinggal boat house 2hari1malam fullpaket. Kumpulan kami Ada 14 prang. Tarikh 20hb.oct atau 21oct
Sila hubung saya
Saya berminat utk full package 3H2M
klau kurang dr 15 org brp RM seorang….boleh cek date 1/2 – 3/2/2018
Saya berminat untuk membuat percutian hari kaluarga. Mohon PM saya
saya berminat utk menginap 3 hari 2 mlm pada hujung april.kurang dari 20 orang berapa kos /orang