Feri ke Langkawi Dan Melawat Tempat Menarik Di Langkawi

Pulau Langkawi adalah lokasi percutian pulau yang paling terkenal di Malaysia terletak di negeri Kedah. Pulau tropika yang terletak antara Selat Melaka dan Lautan Andaman ini merupakan salah satu dari pada 104 pulau yang terdapat utara pantai barat semenanjung.

KLIK UTK TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%

Cara untuk ke Pulau Langkawi

  • Pulau Langkawi boleh dikunjungi melalui udara ( MAS, Air Asia dan Firefly ) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit penerbangan dari Kuala Lumpur.
  • Bas Transnasional bertolak dari Hentian Puduraya pada jam 11.00 malam dan tiba jam 4.45 pagi di Kuala Perlis. Bas Plusliner menyediakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis pada jam 10.30 pagi dan tiba pada jam 6.00 petang.

Tambang bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis – RM 42.80

  • Boleh juga menaiki Keretapi ( KTMB ) Senandung Langkawi yang bertolak dari KL Sentral ke Arau. Keretapi bertolak dari KL Sentral jam 9.20 malam dan tiba di Arau jam 8.00 pagi. Dari Arau ambil teksi untuk ke Jeti Kuala Perlis. Lebih kurang 15- 20 minit perjalanan ( 17 kilometer ).

Harga tambang keretapi RM 34.00 dan tambang untuk sebuah teksi lebih kurang RM 10.

feri ke langkawi

Harga tiket feri ke Pulau Langkawi.

Kuala Perlis ke Pualau Langkawi

  • Dewasa – RM 18
  • Kanak-kanak – RM 13

CARA MEMBELI TIKET AIRASIA SECARA ONLINE

Kuala Kedah ke Pulau Langkawi

  • Dewasa – RM 23
  • Kanak-kanak – RM 17

Tiket feri ke Langkawi tidak boleh ditempah ( booking ) , kena beratur dikaunter. ( Kecuali untuk rombongan )
Feri beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga feri terakhir jam 7.00 malam.
Tiket feri untuk kembali dari Jeti Kuah Langkawi ke Kuala Perlis/Kuala Kedah boleh ditempah ( booking ) selepas tiba di Langkawi. Saya cadangkan sebaik tiba di Langkawi, beli tiket untuk balik terlebih dahulu kerana kita boleh merancang percutian tanpa risau untuk dapatkan tiket untuk balik.

peta pulau langkawi
Peta Langkawi dengan nama tempat yang boleh dilawati seperti   Pantai Pasir Hitam, kereta kabel , Under Water World , Telaga Air Hangat , Makam Mahsuri, Beras Terbakar , Kampung Kristal dan aktiviti menjelajah pulau-pulau sekitar.

Island hopping
Pulau Langkawi sebenarnya adalah pualau yang terbesar dari gugusan 99  pulau disekitarnya.

Terdapat perkhidmatan sewa bot di Jeti Teluk Baru berdekatan Jeti Awana Porto Malai .  Ada syarikat yang menawarkan perjalanan merangkumi lebih kurang 4 jam ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pantai Beras Basah.

Waktu aktiviti ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.  Perkhidmatan ini termasuk menjemput dan menghantar dari hotel penginapan ke Jeti Teluk Baru.

Harga tambang bot untuk seorang 

  • Dewasa – RM 35
  • Kanak-kanak – RM 25

Boleh juga chartered sebuah bot dengan harga RM 400 – RM 500 sebuah bot.

Tasik Dayang Bunting

Tasik Pulau Dayang Bunting – Dalam perjalanan ke sini, kita akan melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

eagle feeding langkawi
Selepas mandi di Tasik Pulau Dayang Bunting,  salah satu aktiviti Langkawi Island Hopping Tour  adalah  melawati Pulau Singa Besar untuk melihat helang.  Pemandu bot yang saya sewa membawa potongan daging ayam untuk dicampak ke laut bagi menarik minat helang untuk menyambar makanan tersebut.

Pantai Beras Basah

Air yang jernih sehingga kita boleh nampak ikan warna warni dari atas Jeti Pantai Beras Basah.  Pantainya yang bersih dan pasir menggebu halus cukup mendamaikan.

Untuk aktiviti island hopping, pakai pakaian yang sesuai dan jangan bawa barang terlalu banyak, cukup persalinan ringkas kerana kita akan bergerak ke Tasik Dayang Bunting lebih kurang 1 Kilometer berjalan kaki mendaki anak tangga.

melawat makam mahsuri

Selain aktiviti menjelajah pulau-pulau,  luangkan masa melawat Makam Mahsuri yang terkenal dengan lagenda Pulau Langkawi.  Komplek perkampungan ini dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan binaan rumah traditional Kedah yang terkenal di Langkawi ketika itu.

dataran helang pualu langkawi

Sebelum balik, bersebelahan Jeti Kuah adalah Dataran Helang iaitu mercu tanda Langkawi. Patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang berdiri di atas batu Kawi yang memberikan nama kepada pulau lagenda ini – Langkawi.

coklat DAIM

Salah satu tarikan utama di Langkawi adalah membeli belah di kedai bebas cukai. Selain pinggang mangkuk berjenama atau pemanggang ajaib yang popular sekarang , cokelat Daim adalah satu produk mesti beli jika ke Langkawi. Sekarang musim cokelat Almond Gold Whittakers yang mula menjadi kegilaan penggemar cokelat di Langkawi.

Mesti beli cokelat kerana perbezaan harga yang agak ketara berbanding di semenanjung. Pemanggang ajaib jenama Vantage berharga RM 99 di Langkawi.

Owh… minyak gamat juga satu produk terkenal Langkawi yang mesti dibawa balik.  Maklumlah selepas berjalan dan bergerak sepanjang percutian, perlukan minyak untuk menghilangkan sengal, lenguh dan sakit kaki.

Kongsi komen anda
  • fatin October 6, 2013 at 2:15 am

    menarik betul pakej budget ni. thanks for the reference.

  • kerje.com November 3, 2013 at 12:23 pm

    Mcm best je. X pernah lagi pergi Langkawi. Insha Allah….satu hari nanti…

  • juless November 19, 2013 at 4:48 pm

    Gh pln nk g bercuti dilngkwi raya cina nt..

  • vitamin utk anak genius December 25, 2013 at 12:03 am

    mmg plan nk bawak anak bercuti bln dpn..InsyaAllah..terimakasih utk info.

  • nursofiyasalini January 11, 2014 at 11:50 am

    harap semua yg x insaf lagi tu insaf ye……………..x de la saja jerrrrrrrrrrr.sebenarnya nak kata kau bodoh..gila

  • nursofiyasalini January 11, 2014 at 11:58 am

    sesipa boleh tak delete kan ayat atas seronoknya…tu.please!

  • nursofiyasalini January 11, 2014 at 12:06 pm

    na na na na tengano kite…

  • alif January 27, 2014 at 12:08 am

    bkn ke syafiq dlm gmbr tu?? lma x jumpa dia..dia d unikl mna eh?? haha

  • Penney February 27, 2014 at 10:25 pm

    Hello to all, how is all, I think every one is getting
    more from this web page, and your views are fastidious in favor
    of new viewers.

1 2
Trackbacks