Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ini saya ingin berkongsi hidangan char kuey teow yang lazat dengan udang galah yang besar-besar. Memang berbaloi-baloi kalau anda memang penggemar char kuey teow dan udang galah.
Biasanya hidangan melibatkan udang galah ini pasti mahal harganya, tetapi tidak di Syah Char Kuey Teow, Bandar Tasik Selatan. Anda boleh menikmati hidangan lazat ini pada harga hanya RM10.00 sahaja. ya memang murah kan.
Setiap pinggan hidangan char kuey teow mereka, dilengkapi dengan 3 @ 4 Ekor udang galah yang lazat, anda juga boleh menambah bilangan udang yang anda ingin order pada harga RM2.50 seekor. Gerai mereka ini terletak dalam medan selera di lokasi terbabit.
Pertama kali ke sini, terdapat banyak gerai yang menawarkan hidangan berasaskan udang galah, antaranya adalah Mee Bandung Johor dengan Udang galah. Sesiapa yang ada penyakit gout tu, hati-hati bila datang ke sini, sebab semua hidangan tampak sungguh menyelerakan.
Silap haribulan, ada yang tak dapat nak berjalan pulang ke rumah.
Apapun, apabila kita menikmati hidangan seperti ini, usah berlebih-lebihan, khuatir nanti ada yang menderita pelbagai penyakit.
Jika anda ingin ke lokasi menu istiemewa ini, sila rujuk butiran di bawah:
Syah Char Kuey Teow
Facebook : Syah Char Kuey Teow
Lokasi : Medan Selera Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan (boleh juga waze syah char kuey teow)
Waktu perniagaan : 4.00 Petang – 1.00 Pagi
Whatsapp : 017 655 0769
Wow sedap betul nampak char kuey tiow tue.. Jarang jumpa menu udang galah dengan harga RM10, sangat ‘rare’ nie..