Surau Terminal Dua Airport Changi Singapore

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada pengalaman mengembara dibeberapa buah negara kebanyakan International Airport menyediakan Surau untuk orang Islam bersolat. Antara airport yang menyediakan kemudahan surau adalah di Frankfurt, Bangkok dan Hong Kong.

Terminal Dua Airport Changi Singapore juga menyediakan surau yang sangat selesa kepada pengembara muslim. Kepada yang tidak biasa dengan terminal dua airport Changi memang akan keliru untuk mencari lokasi surau kerana tak banyak signboard yang menunjuk arah surau.

surau airport Changi Singapore

surau airport Changi Singapore

surau airport Changi Singapore

surau airport Changi Singapore

Lokasi surau terminal dua airport Changi terletak betul-betul di atas pusat imigresen ketibaan (arrival) di belakang Raffles Medical center. Kalau anda nak berlepas anda perlu melepasi imigresen perlepasan dan menuju ke hujung kiri untuk mencari signboard arah ke surau.

Terdapat dua surau bersebelahan untuk lelaki dan wanita. Keadaan surau agak besar, kemas dan selesa.

Kalau ada ada pengalaman bersolat di surau lain di airport yang lain bolehlah kongsikan di sini untuk kemudahan pengembara muslim menunaikan tanggungjawab tak kira dimana.

Padang Pasir Mui Ne Tempat menarik di Vietnam

Saya diajak oleh salah satu rakan traveller untuk ke Vietnam. Kali ini tujuannya bukan ke tempat pelancongan popular di kalangan orang Malaysia untuk membeli-belah iaitu Ho Chi Minh tapi ke luar bandar.

Pengembaraan kami kali ini mengambil masa selama 5 hari. Tiga bandar yang menjadi tumpuan kami iaitu Dalat (Bandar ala Peranchis) yang terletak di kawasan pergunungan dan Mui Ne, yang terletaknya padang pasir yang sangat luas!

Mui Ne adalah sebuah bandar resort pantai di Thuan Wilayah Binh di tenggara Vietnam. Pekan ini terletak berhampiran dengan bandar Phan Thiet. Pelancongan telah mengubah Mui Ne menjadi destinasi resort sejak 1995, apabila dikunjungi ramai pelancong asing untuk melihat gerhana matahari total pada 24 Oktober 1995.  Sejak itu, Mui Ne mempunyai banyak pusat peranginan di tepi pantai, berserta restoran, bar dan kafe. Ia telah menjadi destinasi popular bagi pelancong Rusia sehinggakan  kebanyakan restoran dan resort di sini dimiliki oleh orang Rusia.

Kami sampai ke Mui Ne dari Dalat melalui bas yang mengambil masa dalam 4 jam perjalanan. Terkejut apabila disajikan dengan pemandangan pantai yang indah dan ribuan batu penuh dengan padang pasir!

Seperti berada di Padang Sahara di negara Arab!

Pantai Mui Ne

Pantai Mui Ne bersama rakan-rakan traveller di Mui Ne Harbor

Sesampainya kami di pekan kecil Mui Ne yang terletak di tepi pantai itu, kami langsung booking pakej sight-seeing waktu petang dengan menggunakan Jeep. Harga yang dikenakan adalah mengikut Jeep iaitu USD 66 untuk satu Jeep. Harga yang agak berpatutan kan?

Dalam pakej itu kami akan dibawa melawat empat tempat menarik iaitu

  • Fairy Spring
  • Red Sand Dunes
  • White Sand Dunes
  • Mui Ne harbor

Gambar-gambar di bawah kebanyakannya diambil di Red Sand Dunes dan White Sand Dunes. :)

Mui Ne Red Sand Dunes

Lokasi: Mui Ne Red Sand Dunes. Mereka sedang merundingkan harga untuk guna peluncur plastik.

Red Sand Dunes

Setelah harga mendapat sepakat, mereka dikehendaki berjalan kaki menuju tempat tinggi untuk meluncurkan diri. ^__^

red sand dunes

Jauh juga mereka berjalan!

Setelah puas kami bermain pasir seperti kanak-kanak riang, kami seterusnya dibawa ke white sand dunes. Bezanya antara kedua tempat ini ialah warna pasirnya. Tempat ini sesuai untuk buat lokasi filem berlatar belakangkan padang pasir. Pengarah filem tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk terbang ke Mesir. Hehehe.

Di “White Sand Dunes” pula kami menyewa ATV untuk mengharungi padang pasir yang maha luas itu! Seperti biasa, kami banyak tangkap gambar dan mengamati pemandangan yang dikira luarbiasa itu. :)

ATV untuk disewa.

ATV untuk disewa. USD 150 untuk satu.

Tips untuk ke sini:

  • Pakai banyak sunblock. Panas betul tempatnya!
  • Tiket bus boleh ditempah dari Ho Chi Minh City atau dari bandar-bandar sekitarnya.
  • Tempat tinggal sangat senang untuk dicari. Tapi kalau nak selamat, buatlah booking atas talian terlebih dahulu di Booking.com
  • Semua urusan jual-beli menggunakan mata wang USD.
  • Makanan halal sangat sukar untuk dicari, maka ada baiknya bawa bekalan makanan sendiri. :P
  • Pejabat tourist terdapat dengan banyaknya di sepanjang jalan besar pekan yang menawarkan pelbagai tour packages. Basikal untuk disewa juga disediakan. Maka pilihlah dengan bijak. Heheh.

Entri seterusnya ialah Dalat. Moga kalian terus mengembara!

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca dihttp://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Untuk mendapat diskaun terbaik tempahan bilik hotel di Vietnam sila klik link berikut.

TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%

Jangan bazirkan duit anda buatlah tempahan bilik hotel di lokasi menarik pelancongan di Malaysia secara online.

Crazy House Dalat Tempat menarik di Vietnam

Nama rasmi rumah ini adalah Hang Nga Guesthouse dan Galeri, tetapi penduduk tempatan telah merujuknya sebagai rumah gila. Dan sebaik saja anda berdiri di hadapan pintu masuk, segalanya menjadi mudah untuk melihat mengapa diperkatakan demikian.

Rumah ini memang pelik. Sangat-sangat pelik! Ia tidak mematuhi mana-mana konvensyen mengenai pembinaan rumah yang biasa. Ia mempunyai kelainan yang tidak dijangka dan sentiasa bertukar bentuknya jika dilihat pada bumbung dan bilik-biliknya. Kelihatannya seperti sebuah istana dalam cerita dongeng, Rekaannya mempunyai banyak bentuk haiwan besar seperti zirafah dan labah-labah, manakal tingkapnya adalah segi empat tepat atau bulat, lalu boleh dikunjungi seperti muzium.

Pembinaannya di tengah-tengah Vietnam, di atas bukit, oleh arkitek perempuan yang bernama Hang Nga. Ia juga berfungsi sebagai sebuah Hotel dan juga rumah kediaman beliau sendiri.

Bangunan Utama

Bangunan Utama yang paling tinggi dalam kawasan itu

Jalan pejalan kaki yang bersimpang-siuh

Jalan pejalan kaki yang bersimpang-siuh

Bangunan yang paling seram

Bangunan yang paling seram

Saya kurang pasti berapa caj yang dikenakan jika ingin bermalam di sini. Tapi bagi saya dan rakan-rakan saya, cukuplah sekadar “explore” tempat ini dari atas hingga ke bawah! Cukup seronok dan penuh kejutan! Seperti berada di alam fantasi!

Kami juga berpeluang untuk melihat keadaan dalaman setiap bilik melalui tingkap dari luar seperti gambar yang saya persembahkan di bawah. Setiap bilik disertakan dengan bilik air sendiri dan kelengkapan moden yang lain. Cuma yang peliknya, tiada satupun bilik yang mempunyai ruangan berbentuk segi empat!

Bilik hotel

Hiasan dalaman sebuah bilik untuk disewa kepada pelancong

lakaran

Lakaran asal Crazy House sebelum keadaannya sekarang.

Dalat mempunyai banyak tempat-tempat lain yang menarik. InsyaAllah saya akan kongsikan di masa yang lain jika tuan DH berminat untuk sambungkan kontrak saya sebagai penyumbang denai.my. Muahaha. Till then, happy traveling!

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca di http://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Tasik Inle tempat menarik di Myanmar

Setelah 10 jam terperuk dalam bus yang menuju ke Inle dari Bagan, kami disajikan dengan pemandangan ini. :)

denai inle 1

Pekan kecil Inle

Inle Lake adalah tasik air tawar yang terletak di Perbandaran Nyaungshwe dan merupakan sebahagian daripada Hills Shan di Myanmar. Ia merupakan tasik kedua terbesar di Myanmar dengan keluasan anggaran permukaan 44.9 batu persegi (116 km2), dan juga berada di ketinggian 2,900 kaki (880 m) iaitu yang tertinggi di Myanmar. Semasa musim kering, kedalaman air purata adalah 7 kaki (2.1 m), dengan titik paling menjadi 12 kaki (3.7 m), tetapi pada musim hujan ini boleh meningkat sebanyak 5 kaki (1.5 m).

Walaupun tasik ini tidak berapa besar tetapi ia mengandungi beberapa spesies endemik. Terdapat lebih dua puluh spesies siput dan sembilan spesies ikan yang TIDAK ditemui di tempat lain di dunia. Kebanyakan ikan luarbiasa ini mempunyai kepentingan komersial yang kecil untuk perdagangan akuarium. Tasik ini juga menjadi tuan rumah kepada kira-kira 20,000 burung camar yang berhijrah ke sini pada bulan Januari, November dan Disember.

denai inle 4

Suasana awal pagi di Tasik Inle

Tour melalui bot telah bermula seawal 4:30 pagi pada pagi keesokannya. Mengikut itinerari, kami akan melihat matahari terbit dari tasik. Bot berbentuk panjang dan dipandu oleh enjin kipas telah menjadi mod pengangkutan kami seperti gambar di atas. Tujuan utama untuk melihat matahari terbit adalah menangkap gambar seperti di bawah bersama nelayan. Inilah keunikan Tasik Inle.  Hehe.

denai inle 5

Nelayan seakan ahli akrobat dengan sinaran matahari yang baru terbit

Orang-orang Inle Lake (dipanggil Intha) iaitu sebanyak kira-kira  70,000 orang, hidup di empat bandar yang bersempadan dengan tasik itu. Mereka tinggal di kampung-kampung kecil di sepanjang pantai tasik, dan di tasik itu sendiri. Kebanyakan daripada mereka ialah penganut Buddha yang taat, dan tinggal di rumah-rumah biasa yang terbina daripada kayu dan buluh yang ditenun di atas tiang.

Sebahagian besar daripada mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Perjalanan kami melalui denai-denai air diteruskan dengan pemandangan indah seperti di bawah. Kami turut berpeluang melawat beberapa pasar, pagoda, taman atas air mahupun di darat untuk melihat-lihat cara kehidupan orang tempatan. :)

denai inle 6

Penduduk tempatan membina rumah di tepi tasik atau dalam tasik itu sendiri

denai inle 2

Kawasan tepi tasik yang diduduki orang tempatan.

denai inle 7

Laluan yang terpaksa dilalui oleh bot kami

denai inle 3

Orang tempatan sekitar Tasik Inle

Inle Lake merupakan salah satu tarikan pelancong utama di Myanmar, dan ini telah membawa kepada beberapa pembangunan infrastruktur pelancongan. Banyak hotel milik persendirian  dan operasi pelancongan telah timbul sejak kebelakangan ini. Kedai-kedai tempatan kini dibanjiri dengan barangan pengguna tidak kira barangan tempatan atau asing.

Lapangan Terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Heho yang sejauh 35 km daripada Inle. Selain itu, turut ada penerbangan dari kedua-dua bandar besar iaitu Yangon dan Mandalay. Yangon boleh sampai dalam 660 km melalui jalan raya manakala Mandalay 330 km. Kemudahan bas boleh diuruskan dari hotel masing-masing.

Maka tamatlah kisah pengembaraan saya di Myanmar. Pada petangnya kami bertolak kembali ke ibu kota Yangon untuk menaiki kapal terbang Air Asia ke Kuala Lumpur pada esok paginya. Perjalanan itu mengambil masa hampir 12 jam lamanya. :)

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca dihttp://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Kota Purba Bagan tempat menarik di Myanmar

Bagan, (dahulunya dipanggil Pagan) adalah sebuah bandar purba yang terletak di Wilayah Mandalay di Myanmar (Burma). Dari ke-9 untuk abad ke-13, bandar ini merupakan ibu kota Kerajaan Pagan, iaitu kerajaan pertama yang berjaya menyatukan wilayah yang kemudiannya membentuk Myanmar moden.

Semasa kemuncak kerajaan itu antara abad ke-11 sehingga ke-13,terdapat lebih 10,000 kuil-kuil Buddha, pagoda dan biara yang telah dibina di dataran Bagan sahaja. Kini hanya lebih 2200 kuil dan pagoda sahaja yang masih hidup hingga ke hari ini.

Kawasan Arkeologi Zon Bagan adalah tarikan utama bagi industri pelancongan yang baru muncul di negara ini. Ia dilihat oleh banyak pihak sebagai sama tarikan dengan Angkor Wat di Kemboja. Disebabkan inilah saya dan rakan-rakan sanggup menempuh 17 jam perjalanan dari Yangon ke Bagan untuk menyaksikan keindahan bandar purba ini.

denai bagan 1

Antara pagoda yang boleh dilihat dari puncak Shwesandaw Pagoda.

Setelah mendaftar masuk ke salah satu hotel di sana dan membersihkan diri masing-masing, kami seterusnya menyewa satu bus untuk membawa kami meronda kota purba Bagan ini. Kebanyakan pagoda dan biara di sini masih digunakan sebagai tempat sembahan orang Buddha atau sebagai tempat mendidik kanak-kanak tempatan menjadi sami.

Antara pengalaman yang kami dapati pada hari itu ialah:

  1. Adanya pintu gerbang yang besar sebelum sampai ke mana-mana Pagoda dalam Bagan. Sesuai mengambil sudut-sudut gambar yang cantik.
  2. Cuaca di sana agak panas, jadi sunblock amat diperlukan bagi mengelak diri menjadi lebih hitam. :P
  3. Setiap pengunjung diwajibkan membuka kasut atau selipar sebelum memasuki kawasan pagoda
  4. Hampir setiap tempat adanya orang menjual oleh-oleh berbentuk lukisan, postcards, barangan buatan lakuer, kayu dan logam dan bermacam-macam lagi.
  5. Jalan tanah berdebu yang tidak bertar menghubungkan setiap pagoda kepada yang lain.
  6.  Pengangkutan utama ialah bas, truk berbumbung, kereta berkuda, motosikal dan kereta/van sewa. Boleh duruskan dengan pihak hotel masing-masing
  7. Tiada caj untuk memasuki mana-mana pagoda kecuali Bayaran Masuk Bagan Arkeologi Zone sebanyak USD $ 10 (tapi tiada pegawai yang akan memeriksa).
  8. Makanan halal sukar untuk ditemui dan kami lebih bergantung kepada Maggi yang dibawa dari Malaysia.
denai bagan 2

Penduduk tempatan dsedang menuruni Shwesandaw Pagoda

denai bagan 3

Lagi pemandangan dari puncak Shwesandaw Pagoda.

denai bagan 7

Kanak-kanak dilatih menjadi sami buddha di Bagan

denai bagan 4

Pengangkutan utama di antara pagoda ialah bus, kereta kuda dan kereta/van sewa

Kami menjadikan Shwesandaw Pagoda sebagai hentian terakhir semata-mata untuk melihat matahari terbenam. Shwesandaw Pagoda telah dijadikan tempat utama untuk melihat kejadian ini dan ternyata ramai orang akan berada di sini ketika itu.

denai bagan 5

Menanti matahari terbenam di puncak Shwesandaw Pagoda

denai bagan 6

Matahari terbenam di Bagan.

Setelah menikmati suasana matahari terbenam, kami bertolak pulang ke hotel, makan maggi sebelah malamnya dan tidur awal. Hehe. Ini kerana awal pagi esoknya kami harus berangkat ke Tasik Inle yang berada 10 jam jauhnya dari Bagan. :’)

Bas dijadualkan bertolak pada 5 pagi esoknya dan sampai dalam pukul 3 petang. Tasik Inle akan menyusul dalam entri akan datang. Stay tuned.

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca dihttp://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Tempat Menarik di Yangon, Myanmar

Pengembaraan saya ke Myanmar pada bulan Januari awal tahun ini merupakan antara termahal yang pernah saya buat. Saya ditemani tiga wanita lain untuk mengembara tiga bandar utama di Myanmar iaitu Yangon, Inle dan Bagan. Setelah menyiapkan itinerari dan bajet yang secukupnya, kami berempat pergi dengan kerisauan yang sedikit.

Risau kenapa?

Soalnya, Myanmar baru membuka dirinya kepada pelancong asing sejak dua tahun yang lalu. Lalu menjadikannya masih mentah dalam menerima pelancong asing yang saban tahun semakin bertambah dengan mendadaknya. Myanmar dikatakan masih mentah dari segi menyediakan fasiliti pelancong yang cukup dan lengkap serta servis pengangkutan yang efisyen. Oleh itu, kami mendapati sukar untuk mencari maklumat penginapan di internet serta juga rute dan transportasi awam yang sesuai. Namun kami tekad untuk teruskan saja walaupun persiapan perlu diperbaiki,

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, kami disambut mesra oleh seorang wanita Burma berserta spanduk dan bedak di mukanya. Kami dibawa ke pejabatnya untuk simpan beg sementara menanti tren pada pukul 4 petang.

Memandangkan hari masih muda iaitu dalam pukul 9 pagi, kami bersepakat untuk melihat bandaraya Yangon melalui sewaan teksi. Semasa rondaan itu, kami tergaman melihat banyak bangunan kolonial hasil jajahan British dulu dicantumkan dengan ciri-ciri Buddha.

Yangon

Sebuah bangunan di tengah bandar

Yangon City Hall

Yangon City Hall

Independent Pole

Independent Pole

Shwe Dagon Pagoda

Shwe Dagon Pagoda

Ternyata Shwe Dagon Pagoda atau nama Inggerisnya “The golden pagoda” adalah daya tarikan pertama di Yangon.
Mengikut sejarah, pagoda emas ini telah wujud selama lebih 2,600 tahun lalu menjadikannya pagoda paling tua di dunia!

Setelah puas meronda bandar ala kolonial Yangon ini, kami sebelum pukul 3 petang, telah kembali ke pejabat tempat simpannya beg kami untuk menuju ke stesen tren. Sambung nanti di entri seterusnya setelah mengharungi perjalanan 17 jam atas tren untuk menuju ke Bagan, bekas ibu kota kerajaan Pagan.

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca dihttp://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Enaknya EduHostel, Yogyakarta, Indonesia!

Yawww…korang travel mana dah? Jom sambung story Jajahan Tanah Java! :D

Lepas ber-overland dari Jakarta ke Yogyakarta selama 13 jam, sampai jugak ke EduHostel! Satu2 hostel yang Rayyan pernah duduk yang sebesar alam ni! Dah macam hotel dah hah!

Terletak lebih kurang 1Km dari Jalan Malioboro yang femes amos tu dan berdekatan dengan Stasiun Kereta Api Tugu (ni ada kisah Amazing Race, nanti cerita dalam post pasal train kat Indonesia ya!) , hostel ni memang perfect! Malam senyap jer takda bising2, siang walaupun banyak kereta tapi bukan kat jalan besar tau. :D

edu-hostel_-exterior-_2_

Satu best duduk hostel, selain kongsi katil dan toilet *wink*, yang paling best sebab dapat kenal orang dari negara lain. Ramai jugak yang boleh cakap French masa Rayyan ada kat sana, so dapatlah asah “Parle Parle Francais” Rayyan. ;)

Adat berbackpacking kan, macam signboard kat counter check in kat Edu Hostel, Yogyakarta! :D

P1050572

Bilik yang ada kat Edu Hostel, Jogja ni tak macam hostel2 lain. Hostel ni lebih kurang macam bilik hotel yang dikongsi. Satu bilik ada 6 katil bunkbeds, siap ada aircond, personal plug point & light sekali dengan locker sendiri.

Pergh, tilam dia memang sedap. Tidor nyenyak betul time kat sini! Now worries, hostel ni takda nyamuk sebab fully closed windows. Window yang best sebab dapat tengok Gunung Merapi hari2. :D

asrama backpacker yogyakarta

asrama backpacker yogyakarta

Honestly, harga untuk duduk kat hotel ni baru dalam 70,000 Rupiah (RM 22) termasuk breakfast tiap2 pagi okay! Memang berbaloi-baloi!

Hah, ni rupa toilet dekat hostel lah. Ni ada pintu, so no worries lah! time mandi lock jer pintu. Asal janganlah korang bermake-up sejam dua dalam tu, memang kena sekeh lah! :P

edu-hostel_-en-suite-bathroom-with-double-showers

Lagi satu Edu Hostel ni ada tempat lepak yang dia panggile Lesehan. Bukan yang tepi jalan tu. Ni dalam bangunan diorang, ni lah port lepak2 kitaorang sambil layan Wi Fi ngan movie hantu indonesia, angkerrrr!! :P

lesehan

P1050601

Tapiii..part favourite Rayyan adalah tempat makan breakfast dia. Pergh tingkat lima and bangunan ni antara yang tertinggi kat Bandar Jogja, so memang makan sambil melihat Gunung Merapi, ditiup angin sempoi2. Bliss!

edu-hostel2__1_

P1050604

Untuk korang yang berkenan nak duduk kat hostel ni bolehlah ke

EDU Hostel

Address: Jl Let Jen Suprapto No. 17 Ngampilan, Yogyakarta 55261, Indonesia

Phone: (+62) 274-543 295

Website: http://www.eduhostels.com

Dari Edu Hostel, untuk ke Borobudur, boleh gunakan Bus TransJogja yang berharga 3000 Rupiah (RM 1) untuk kemana2 sahaja di Yogyakarta.  Jalan Malioboro, Istana Kraton, tempat makan lesehan dan angkrigan tu dekat jer dari Edu Hostel.  Dekat hostel pon diorang ada Travel & Tour bolehlah tanya, tapi ikut backpacker cam Rayyan, seronok sikit buat sendiri, thrill babe! :D

Turun jer bawah jalan depan sikit ada kedai bakso, malam2 makan bakso perghhh sedap. Tak mcm bakso kat Malaysia langsung, Original Okay! :D

Banyak lagi misi backpacking Rayyan kat Bumi Indonesia ni!

Sehingga bertemu lagi di post akan datang, sampai nanti, selamat mengembara geng! Bagi korang yang nak tanya apa-apa boleh lah ikut twitter Rayyan di @rayyanharies atau email rayyan di [email protected] . :D

Tempat Menarik di Manila Filipina

Dengan kecohnya tanah Lahad Datu di Sabah, maka ramai pelancong Malaysia merasakan tidak selamat untuk ke Filipina disebabkan kes terpencil ini. Namun pendapat saya berlainan dengan mereka. Selagi Malaysia belum menghalang atau mengistiharkan putusnya pertalian diplomatik dengan Filipina, maka selagi itulah saya anggap masih selamat untuk ke Filipina.

Begitulah pendirianku sehingga datangnya hari saya harus berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clark dari Kuala Lumpur pada bulan yang lalu. Berbekalkan backpack 35L dan sedikit wang peso bernilai tidak lebih RM400, saya bertolak secara solo ke Negara yang kononnya tidak selamat itu.

Alhamdulillah, Manila begitu mempesonakan dan selamat, perjalanan saya kali ini dikira berjaya. Hehe.

Antara tempat-tempat menarik yang berjaya dilawati sepanjang 2 hari dua malam saya ke sana adalah seperti di bawah. Bersedialah untuk tergoda.

1. Intramuros, kota lama Manila yang dipagari

Fort Santiago

Fort Santiago

Intramuros merupakan bandar terlama Manila yang dibina pada tahun 1571 semasa Filipina masih dijajah oleh Sepanyol. Akibat daripada itu, masih banyak bangunan lama dalam kota lama ini yang mempunyai ciri-ciri Sepanyol contohnya Fort Santiago di gambar di atas. Tempat inilah tertahannya wira negara, Jose Rizal sebelum dijatuhi hukuman mati.

Harga tiket kemasukan hanyalah P 75 dan tidak mengira sama ada pelawat adalah pelancong asing atau tidak. Selain Fort Santiago, terdapat 12 buah gereja di dalam Intramuros. Antara gereja yang terkenal ialah Manila Cathedral dan San Agustin Church. Ternyata, majoritinya orang Filipina menganut agama Katolik tapi masih ada segelintir yang menganut agama lainnya seperti Hindu, Islam dan sebagainya.

Selain gereja, Intramuros juga mempunyai hospital, bangunan-bangunan komersial, kedai-kedai, universiti dan juga benteng askar. Serasa seperti seharian di sini tidak cukup untuk menjelajahi keseluruhan kota lama ini. Hehe.

2. Museum National

Musuem ini terletak bersebelahan dengan Intramuros. Saya hanya perlu berjalan kaki dan menyeberang jalan raya saja untuk sampai ke sini. Niat di hati adalah untuk mempelajari sejarah kota lama Manila dan juga insan yang bernama Jose Rizal dengan lebih dalam lagi.

Terdapat banyak hasil lukisan dan skulptur dalam museum ini. Masing-masing dengan nilai sejarah yang tinggi dan berfaedah kepada saya. Dan kebanyakan lukisan begitu hidup sehingga sukar hendak saya lepasakan pandangan. hehe.

Fort Santiago yang telah dimusnahkan

Fort Santiago yang telah dimusnahkan

3. Makanan Halal

Saya menemui restoran yang halal ini secara tidak sengaja. Pada waktu itu saya dalam perjalanan mencari pejabat pos untuk mengepos post card. Tidak saya sangka boleh ketemu, tambahan pula saya kelaparan pada waktu itu. hehe. Alhamdulillah, serasa Allah sentiasa menyayangi pengembara wanita yang solo ini. :)

Restoran Halal di Manila

Restoran Halal di Manila

Pemilik restoran dan ahli keluarganya mengerumuniku ketika makan dan telah menanyakan saya bermacam-macam hal. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya saya tidak merasa sepi ketika makan. Hehe. Akhirnya terisi juga perut saya yang menangis kelaparan dari tadi dengan makanan enak masakan makcik Lani.

Keluarga muslim di Manila

Keluarga muslim di Manila

Perjalanan saya diteruskan setelah saya dihujani pelbagai nasihat dan tips dari mereka. Kini saya mempunyai teman baru di Manila dan bolehlah berkunjung ke sini lagi, kan? ;)

4. Matahari terbenam di Manila Bay

Setelah menghantar kartu pos di pejabat pos, saya telah menaiki teksi untuk ke Manila Bay. Teksi memberhentikan saya betul-betul di hadapan pusat beli-belah yang terkenal di Manila Bay iaitu SM Shopping Mall. Di belakangnya ada taman tema yang berlatar belakangkan lautan luas Pasifik. Penat berjalan dan sedikit lapar ketika menantikan saat terbenam matahari, saya memasuki pusat beli-belah itu untuk mencari roti.

Setelah itu, saya berjalan menuju ke laut dan menapak di satu tempat strategik untuk melihat matahari terbenam. Tempat saya menapak itu semakin sesak dengan pengunjung tempatan yang juga mempunyai matlamat sama dengan saya. haha. Ok, mari kita nikmati sama-sama!

Dan inilah hasil penantian kami….

Matahari terbenam di Manila Bay

Matahari terbenam di Manila Bay

Setelah menyaksikan keindahan ciptaan Allah yang satu ini, barulah saya rasa lengkap pengembaraan saya ke Manila, Filipina. Hari semakin gelap dan saya beransur pulang dengan hati yang kepuasan. Dalam perjalanan ke tempat teksi, saya sempat menyaksikan sekumpulan drama yang tengah beraksi di pusat beli-belah itu. Bila tamatnya persembahan mereka, barulah saya bergerak pulang ke hostel.

Esoknya saya kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clark yang terletak 2 jam jauhnya dari Manila dan tidak sempat ke mana-mana tempat lagi. Beginilah saya akhiri pengembaraan 2 hari 2 malam ke Manila dan Clark. InsyaAllah impian saya ke Boracay pula akan tercapai di masa yang lain. Hehe.

Teruskanlah mengembara sahabat-sahabatku. Dunia ini sesungguhnya sangat luas. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Wassalam. :)

Cerita pengembaraan saya yang lain (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca di http://ignorantbrat.blogspot.com. Joom Follow Twitter : @jardness  dan Facebook Page : jardness

Untuk mendapat diskaun terbaik tempahan bilik hotel di Filipina sila klik link berikut.

TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%

Jangan bazirkan duit anda buatlah tempahan bilik hotel di lokasi menarik pelancongan di Malaysia secara online.