Assalamualaikum dan salam sejahtera,
air panas semulajadi adalah antara lokasi yang menjadi tarikan tempat untuk berkelah dan bercuti bersama keluarga. Terdapat banyak kolam air panas semulajadi di sekitar Malaysia. Salah satu tempat air panas semulajadi yang menarik adalah Felda Residence Hot Spring.
Felda Residence Hot Spring ini terletak di Sungkai Perak, ia merupakan lokasi rekreasi yang diuruskan oleh pihak Felda Travel. Tempat yang selesa dengan bayaran yang berpatutan. Harga tiket untuk masuk ke kawasan kolam air panas semulajadi ini adalah seperti berikut:
- Dewasa – RM 12
- Kanak-kanak – RM 10
- Warga Emas – RM 7
- Kurang Upaya – RM 5
Terdapat perkhidmatan trem percuma yang disediakan untuk membawa anda masuk ke kawasan kolam. Pihak pengurusan menyediakan tempat letak kereta yang luas untuk kegunaan anda di kawasan pintu masuk.
Sekiranya anda ingin menginap di kawasan ini, anda boleh menyewa villa yang disediakan oleh Felda Residence dengan harga dari RM180 pada waktu biasa sehingga mencecah RM2500 pada waktu puncak. Anda boleh rujuk senarai harga di halaman Felda Travel Sdn Bhd.
Selain kolam air panas biasa, di Felda Residence Hot Spring juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti bilik jakuzi peribadi, tempat merebus telur dan beberapa lagi tarikan lain yang menarik. Jom kita baca ulasan lebih lanjut dalam artikel Felda Residence Hot Spring – Eizil.com
Secara keseluruhan, memang menarik Felda Residence Hot Spring ini. Lokasi yang menarik, tidak jauh dari lebuhraya utama dan pengurusan yang menjaga tempat tersebut dengan baik memang harus diberi pujian. Semoga pihak Felda Travel akan meneruskan kualiti perkhidmatan yang mereka tawarkan.
tempat yang menarik untuk di lawati