Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan dengan peruntukan sejumlah RM2 bilion akan disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad bagi membiayai kos pembinaan infrastruktur berkaitan sektor pelancongan. Ini pasti memberi manafaat kepada Travel Blogger.
Tabung ini dapat membiayai kos pembinaan infrastruktur seperti hotel, pusat peranginan, taman tema serta pembelian dan penggantian peralatan yang berkaitan dengan sektor pelancongan. Kerajaan akan meneruskan galakan pelaburan terutama bagi hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang. Langkah ini dapat membantu menyediakan penginapan bertaraf antarabangsa yang mencukupi, sekali gus menarik kedatangan pelancong, terutamanya daripada kategori mewah dan berbelanja tinggi.
Sebagai usaha berterusan menggalakkan kemasukan pelancong, Kerajaan mengumumkan tahun 2015 sebagai Tahun Perayaan dengan penganjuran dan pameran pelbagai program budaya dan perayaan di negara ini.
Kerajaan juga memperuntukkan RM1.2 bilion bagi tahun ini dan tahun depan dengan merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan meliputi program promosi dan pengiklanan. Malaysia menyasar 28 juta pelancong pada Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014). Sektor pelancongan telah menjana pendapatan sebanyak RM65 bilion pada tahun ini dan berpotensi untuk dipertingkatkan,
Leave a Reply