10 Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur ALLAH bagi peluang aku untuk pengembara banyak negara. Bila mengembara berbagai negara memang tak dapat nak elak dari singgah di berbagai lapangan terbang. Berbagai bentuk arkitek lapangan terbang yang menarik terutama lapangan terbang baru.

Antara lapangan terbang yang pernah aku jejaki adalah Changi Airport, Suvarnabhumi Airport, Don Mueang International Airport, Soekarno-Hatta International Airport, Hong Kong International Airport, Macau International Airport, Frankfurt Airport, Rome Ciampino Airport, Beijing Capital International Airport, London City Airport, Doha International Airport, Dubai International Airport, Queenstown Airport, Amsterdam Schiphol Airport, Auckland Airport, Brunei International Airport, Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport, King Abdulaziz International Airport dan banyak lagi.

Setelah menjejaki berbagai lapangan terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mungkin bukan antara 10 lapangan terbang yang terbaik di dunia tetapi antara 10 lapangan terbang yang tercantik di dunia. KLIA memang unik seni arkitek berbanding dengan lapangan terbang yang lain. KLIA2 yang akan menjadi pusat kepada penerbangan tambang murah Malaysia akan mula beroperasi pada 2 Mei 2014 pasti akan menambah kehebatan KLIA.

Daripada senarai 10 lapangan terbang terbaik dunia aku telah menjejaki empat daripadanya iaitu Changi Airport, Amsterdam Schiphol Airport, Hong Kong International Airport dan Beijing Capital International Airport.

Senarai 10 lapangan terbang terbaik di dunia

1. Singapore Changi Airport

Changi_Airport

2. Incheon International Airport, Seoul, South Korea

Incheon_International_Airport_Seoul_South_Korea

3. Amsterdam Schiphol Airport, The Netherlands

Amsterdams airport Schiphol

4. Hong Kong International Airport, Hong Kong, China

Hong Kong international airport

5. Beijing Capital International Airport, China

Beijing Capital Airport

6. Munich Airport, Germany

Munich Airport

7. Zurich Airport, Switzerland

Zurich Kloten Airport

8. Vancouver International Airport, British Columbia, Canada

Vancouver International Airport

9. Tokyo International Airport (Haneda), Japan

Tokyo International Airport

10. London Heathrow Airport, England (Great Britain)

London Heathrow Airport

Paling menarik hampir semua lapangan terbang antarabangsa mempunyai kemudahan surau dan ada juga yang mempunyai restoran halal. Selepas tragedi misteri kehilangan MG370 pemeriksaan di semua lapangan terbang lebih ketat dan senarai bagasi yang boleh dan tidak boleh dibawa masuk juga semakin ketat.

 

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pada pertengahan Mac yang lalu, berkesempatan untuk berkunjung ke Pulau Pinang untuk melihat sendiri jambatan kedua Pulau Pinang yang dinamakan sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Jambatan yang telah mula dibina sejak tahun 2008 yang lalu, telah dibuka mulai tahun ini, tahun 2014.

Jambatan yang mempunyai jarak di atas air sejauh 16.9km ini, adalah dua kali ganda jarak di atas air jambatan pertama.

Pada mulanya, merancang untuk masuk ke Pulau Pinang melalui jambatan baru, tetapi disebabkan tersilap mengambil simpang, aku terbabas ke jambatan lama. Kami hanya berpeluang untuk mencuba jambatan kedua ini pada waktu malamnya. Bermula dari Batu Maung, kami menaiki jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ini sehingga ke penghujung sebelum membuat pusingan U dan kembali ke bahagian pulau.

Jambatan_Kedua_Pulau_Pinang

Perjalanan pada malam hari dihiasi oleh lampu neon sepanjang jambatan memang menarik. Jika dilihat dari jauh, akan kelihatan seolah-oleh seekor ulang sedang meliuk-lentuk di atas air ke bahagian satu lagi.

Ada banyak perbezaan antara jambatan pertama dan jambata kedua Pulau Pinang ini, antaranya adalah seperti gambarajah di bawah:

Perbezaan antara jambatan pertama dan jambatan kedua pulau pinang.

Perbezaan antara jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang

Semasa aku pergi mencuba jambatan kedua Pulau Pinang ini, tempoh promosi masih lagi berjalan, iaitu sebulan selepas pelancaran, semua pengguna boleh menggunakan jambatan ini secara percuma. Namun begitu, tempoh tersebut telah tamat, dan kadar penggunaan jambatan kedua ini adalah seperti berikut:

VEHICLES CLASSIFICATION TOLL RATES  RM
Class O vehicle: Vehicles with two axels and two wheels 1.70
Class 1 vehicle: Vehicles with two axels and three or four wheels (excluding taxi and bus) 8.50
Class 2 vehicle: Vehicles with two axels and six wheels (excluding bus) 30.50
Class 3 vehicle: Vehicles with three or more axels (excluding bus) 70.10
Class 4 vehicle: Taxis 8.50
Class 5 vehicle: Busses 26.20

 

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di ambil semasa mencuba Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ini. Semoga jambatan ini akan menjadi mercu dan tarikan pelancong ke Pulau Pinang khususnya dan Malaysia umumnya.

Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  01.06.26 HDR Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  01.06.45 HDR Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  01.16.27 Jambatan Kedua Sultan Abdul Halim Muadzam Shah  01.16.30

Senarai bagasi yang larang bawa ke dalam penerbangan

senarai barang yang boleh dan tidak boleh dibawa ke penerbangan

Assalamualaikum Salam 1Dunia, Baru-baru ini pihak Malaysia Airport Holding Berhad telah bersetuju untuk menerima pakai peraturan senarai bagasi yang dilarang untuk dibawa bersama semasa penerbangan dimana peraturan ini telah digunakan oleh US … [Continue reading]

Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix

gambar formula 1 sepang 2014

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perlumbaan Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix sudah menjadi acara sukan penting Malaysia yang diadakan setiap tahun pada bulan Mac. Idea penganjuran formula 1 dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. … [Continue reading]

Top 10 destinasi pelancongan Malaysia 2013

Pantai Club Med

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia sememangnya destinasi pelancongan bukan sahaja untuk pancong dalam negeri malah mendapat sambutan dari pelancong berbagai negara. 2014 telah diumumkan sebagai tahun melawat Malaysia yang dipenuhi dengan … [Continue reading]

Tempat Wisata menarik di Kota Daeng Makassar

pantai losari makassar

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, aku pernah menjejaki kaki ke Makassar Indonesia beberapa kali dan pernah juga membawa keluarga bercuti di sini. Terdapat perkhidmatan penerbangan Air Asia yang terbang terus dari LCCT ke Lapangan Terbang Sultan … [Continue reading]

Homestay Sally’s Cottage di Banting konsep Inggeris

dapur

Sally's Cottage Homestay ataupu dikenali dengan nama lain iaitu 'English Little Cottage in a Cozy Village'. Namanya pun sudah menarik bagi unit homestay ini, ianya sebuah homestay yang terletak di Lot 251 Lorong Bambu, Jalan Tanah Raja, Kg Sg Buaya … [Continue reading]